Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA TEMPOH 6 BULAN BERAKHIR ?

Harap isu 1MDB selesai dalam tempoh 6 bulan

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap isu 1Malaysia Development Bhd dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, yang digugurkan daripada kabinet pada Julai lepas berkata, beliau tidak mahu menjangka terlebih dahulu sama ada masalah 1MDB dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

"Ini bukan tanggungjawab saya, mereka yang terlibat bertanggungjawab selesaikan masalah kerana saya di luar kerajaan. Untuk berlaku adil kita tunggu masa," katanya dalam sidang media atas jemputan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berhubung penahanan peguam Matthias Chang dan anak guamnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

[ ARTIKEL BERKAITAN:  Kalau singkir saya, saya lagi popular dari Siti ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Shafie: 'Ini satu peringatan kepada kerajaan' ]
  
Ketika sidang media kira-kira sejam itu sedang rancak berlangsung, Dr Mahathir tiba-tiba membacakan berita terkini melalui telefon pintar yang dihulurkan Tengku Razaleigh mengenai pendakwaan terhadap dan Khairuddin.
 
Bagaimanapun, Muhyiddin melahirkan kekhuatiran sekiranya isu 1MDB itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang dirancang.

"Kalau selesai bagus. Kalau tidak, mungkin banyak implikasi lain yang akan timbul dan membawa kesan yang lebih besar," katanya.

Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Seremban pada Ogos lalu berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1MDB dan memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu.

Muhyiddin berkata adalah penting bagi kerajaan menyelesaikan isu 1MDB memandangkan ia telah lama berlarutan.
  
"Saya fikir beliau (Najib) seorang yang bijak....terpulang kepada beliau untuk mempertimbangkan apa yang terbaik beliau perlu lakukan demi negara," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.