Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR KEDAH TAK PERLUKAN PAS, HANGPA DAHPUN KUAT

Hanya masalah komunikasi dengan Pas Kedah

Azman Ismail
Azman Ismail
 
ALOR SETAR - PKR Kedah tampil memperjelaskan maksud sebenar ‘masalah komunikasi’ antaranya dengan Pas berhubung jemputan dalam pembentukan sekretariat pembangkang peringkat negeri Khamis lalu.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, masalah komunikasi adalah istilah paling lembut digunakan bagi menggambarkan bahawa pihaknya masih belum mengenali pucuk pimpinan baharu parti berkenaan.

“Seperti kita maklum hubungan PKR dan Pas memang sudah wujud sejak terbentuknya PR dan perkara itu tidak dapat dinafikan.

“Namun sebahagian besar pimpinan Pas yang sering berhubung dengan PKR tidak lagi bersama parti itu kerana menyertai Parti Amanah Negara (Amanah),”  katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pertukaran pucuk pimpinan  Pas Kedah menyebabkan pihaknya tidak dapat memberi jemputan dalam masa singkat.

“Ini bermakna PKR Kedah perlu berkenalan dan menjalinkan hubungan persahabatan terlebih dahulu dengan pimpinan baharu Pas Kedah.

“Selepas kita berkenalan barulah akan dibincangkan tentang penglibatan parti Islam itu dalam sekretariat pembangkang Kedah,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu bagaimanapun menjelaskan bahawa tawaran itu masih terbuka kepada Pas dan parti pembangkang lain yang ingin menyertai gabungan tersebut sebagai persiapan menghadapi PRU14.

“Kita akan hubungi pucuk pimpinan baharu Pas Kedah dalam masa terdekat bagi menjalinkan hubungan persahabatan politik secara rasmi dan berbincang hala tuju gabungan sekretariat pembangkang yang diwujudkan baru-baru ini.

“Penubuhan sekretariat pembangkang Kedah tanpa kehadiran Pas kerana ia dilakukan dalam tempoh singkat untuk memberi respon kepada titah Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Sebelum ini, Pas Kedah mempersoal tindakan PKR Kedah menubuhkan sekretariat pembangkang tanpa berbincang dengannya dengan  alasan berlaku masalah komunikasi.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, masalah komunikasi itu tidak benar kerana ia tidak pernah dihubungi PKR Kedah bagi membincangkan pembentukan sekretariat pembangkang.

Bagaimanapun, Pas Kedah tetap komited menumbangkan BN pada PRU14 dan bersiap sedia dengan jentera pilihan raya yang istiqamah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.