Memang PAS dipinggir kota nampak kerugian jika terus berbalah dengan DAP dan AMANAH, PAS ditempat ini tidak berapa merasakan kedayusan sendiri sebab mereka selalu dilunakkan dengan kata-kata manis dan indah, ini disebabkan dua parti tersebut berkeliaran di tempat tersebut, dan PAS pastilah dilambung disitu
PAS dipinggir bandar sudah mula merasakan manis hempedu yang dilonggokkan diatas pundak mereka oleh DAP dan AMANAH, apa yang Pak Karamu faham sekarang ini ialah PAS dipinggir kota sudah sering dikunjungi oleh ahli dua parti itu dengan kata-kata manis dan lunak, kemudian PAS anggok-anggok, nak nafikan ? Ketika mana masa mereka bubuh bangkai dekat PAS, mereka tidak pernah merasa salah
Bagi Pak Karamu dua kesalahan yang besar yang tidak perlu dima'afkan dimasa terdekat ialah penghinaan terhadap dasar islam PAS oleh DAP dan memecahkan jama'ah islam PAS oleh AMANAH (pengkhianat) yang tidak akan boleh dilupakan, kesalahan maki hamun, cacian terhadap individu dalam PAS mungkin boleh dima'afkan, saya sudah merasakan sakitnya perbuatan mereka ibarat puak islam telah bersatu dengan puak kafir kemudian mereka melanyak PAS, hari ini mereka terpaksa memerlukan kita hanya demi kuasa, dan mereka mula berjinak dengan kita, PAS dipinggir kota jika ada maruah, jangan buat apa-apa kenyataan melainkan merujuk dahulu kepada pesuruhjaya PAS negeri, JANGAN MAIN LANGKAH KEPALA BILA BUAT KENYATAAN - Pak Karamu
‘Rugi berbalah sama sendiri’
KOTA BHARU – Pas Kota Bharu melihat perbalahan yang berlaku dalam
kalangan parti pembangkang kini merugikan semua mereka ketika usaha giat
dijalankan untuk menarik sokongan pengundi menjatuhkan BN pada PRU akan
datang.
Pemangku Yang dipertuanya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata,
sepatutnya parti pembangkang lebih mementingkan perbincangan bersama
untuk memperjuangkan pelbagai isu nasional yang berkait rapat
kepentingan rakyat dan negara berbanding percakaran sesama sendiri.
“Ia bukan sahaja merugikan kita, malah perkara tersebut boleh menghakis kepercayaan rakyat yang diberikan sepenuhnya kepada kita sebelum ini. Rakyat adalah pemerhati dalam setiap apa yang kita lakukan,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam yang menyeru kepada semua parti pembangkang supaya menghentikan perbalahan dan menyerang antara satu sama lain.
Dalam kenyataan yang sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan kepimpinan pusat akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.
Rosli berkata, ketua pembangkang sendiri juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengusahakan pertemuan pimpinan parti pembangkang dan sesiapa sahaja ahli parlimen yang prihatin untuk membincangkan agenda penting yang boleh diambil pada sidang Parlimen akan datang.
Beliau berkata, ia termasuk juga untuk membincangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najin Tun Razak seandainya itu langkah terbaik dalam menangani kemelut politik dan kegawatan yang berlaku ketika ini.
“Saya yakin walaupun Pas tidak dapat menerima DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara) buat masa ini, pasti akan ada juga titik pertemuan yang boleh diusahakan untuk membawa semua parti pembangkang berada semeja dalam memastikan kerajaan BN sama ada pimpinan Datuk Seri Najib atau sesiapa sahaja selepas itu dapat ditewaskan untuk PRU akan datang,” katanya.
Sebelum ini Pas mengumumkan terus komited meneruskan kerjasama politik dengan PKR dan menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik sendiri.
Pas melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan juga berkata, Pas tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

0 orang berkata:
Post a Comment