Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kes ni akan jadi tumpuan

Khairuddin tarik balik permohonan habeas corpus

Khairuddin Abu Hassan
Khairuddin Abu Hassan
 
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menarik balik permohonan habeas corpus (penahanan secara salah) bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memaklumkan perkara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi ketika kes itu ditetapkan untuk pendengaran.

Haniff Khatri memaklumkan, pihaknya menarik semula permohonan berkenaan kerana ianya bersifat akademik apabila pertuduhan terhadap Khairuddin telah dibuat semalam.

Sehubungan itu Hakim Kamardin Hashim membenarkan dan merekod permohonan untuk membatalkan habeas corpus berkenaan.

Semalam, Khairuddin, 52 dan peguamnya Matthias Chang, 68, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan cubaan melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.