Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ini semua langau punya pasal ?


Politik pembangkang tidak akan sampai kemana, para pemimpinnya tidak benar-benar berpakat untuk menjadi pembela rakyat, masing-masing ada agenda yang tersembunyi untuk dilaksanakan, dalam masa yang sama ada langau-langau politik mengambil kesempatan menjadi batu api dengan tujuan mendapat faedah dari perbuatan mereka.

Setelah PAS terpaksa akur dengan musibah yang menimpa diatasnya, kini PKR pula berdepan dengan  masalah perpecahan, masing-masing sudah mula menuding jari walaupun ianya masih kelihatan kabur, namun ia hanya menunggu meletup sahaja, adalah lebih baik pada waktu terdekat ini penafian adalah perlu sebagai ubat mengawal sementara

Rakyat yang sukakan perubahan daripada gelap menjadi terang terus mencari rahsia sebab perpecahan, yang nyata ialah kerana diantara mereka tidak menghormati dasar perjuangan kawan, selain ada kelompok yang bersikap langau yang terbang mengelilingi pada setiap parti kawan untuk mencari faedah sendiri dengan melakukan berbagai helah

Anuar Ibrahim sebagai ketua  yang dipersetujui pada peringkat awal terpaksa berlakon sebagai pengimbang masalah supaya tidak berpecah akhirnya menghadapai masalah pribadi, menyebabkan jentera pembangkang terhenti dari menjalankan peranannya, apabila suara pengimbang sudah berhenti maka perangpun mula berlaku sesama sendiri dengan agenda masing-masing, dalam masa yang sama maka langaupun mulalah berterbangan lebih aktif - Pak Karamu


 Komplot PKR wujud bila Anwar tiada

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Dakwaan wujud komplot untuk menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkait rapat dengan kuasa.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, ketiadaan bekas Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung menyebabkan kedudukan tersebut terancam.


“Masalah kuasa dalam mana-mana parti di dunia ini sama sahaja kerana ia merupakan subjek kepada kepimpinan seseorang ketua itu.


“Sekiranya ketua itu kuat dari segi kepimpinannya maka mereka mempunyai kuasa untuk mempertahankan kedudukan mereka. Perkara ini sedang dihadapi oleh PKR buat masa sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Sebelum ini Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin menerusi blognya mendakwa wujud pihak dipercayai didalangi beberapa pemimpin parti yang kurang senang dengan tindakan Wan Azizah mengenai penyertaan PKR dalam Pakatan Harapan pada 22 September lalu.


Selain itu, beliau turut mendedahkan pengumuman Wan Azizah itu tidak disenangi 25 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang sekali gus membawa kepada wujudnya satu petisyen mendesak supaya menarik balik kerjasama tersebut.


Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata, dalam sosiologi politik, individu yang mengelilingi kuasa itu mempunyai kepentingan tersendiri.


Menurutnya, kejayaan PR sebelum ini berkait rapat dengan kepimpinan karismatik Anwar sewaktu menjadi ketua pembangkang.


“Ini adalah salah satu faktor kejayaan parti-parti pembangkang yang disumbangkan oleh Anwar.


“Anwar merupakan aset besar kepada momentum PR sebelum ini dan perpecahan berlaku apabila beliau tidak berada secara langsung,” katanya.


Ditanya mengenai keutuhan dan kelangsungan perjalanan Pakatan Harapan yang baharu ditubuhkan, Samsu Adabi berkata, selagi parti-parti pembangkang mempunyai hasrat bersama untuk menumbangkan BN dan menakluki Putrajaya, mereka akan terus bersama.


Katanya, pergolakan dalam PKR sedikit sebanyak sudah pasti akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.