Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TETAP BERSENDIRIAN

Tiga penjuru: Jangan salahkan Pas pula

Pas
 
KUALA TERENGGANU – Pas tidak harus dipersalahkan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di mana-mana kerusi di negeri ini khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dr Alias Razak berkata, ia berdasarkan kepada penegasan awal dibuat pimpinan Pas bahawa parti itu akan bertanding di kesemua kerusi yang telah dipertandingkan pada pilihan raya umum lepas.

Menurutnya, ia termasuklah kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang kini disandang Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang telah keluar Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

“Kita akan tetap pertahankan kerusi-kerusi kita. Jadi, ia terpulanglah kepada PKR dan Amanah kalau mereka rasa hendak letakkan calon di kerusi yang Pas bertanding. Kita sudah isytiharkan perkara ini dari awal.

“Kalau ada calon ketiga di kerusi Pas, maknanya mereka mengganggu kerusi Pas. Kita hanya pertahankan hak kita,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MoU elak tanding tiga penjuru]

Beliau bagaimanapun memberitahu, pihaknya tidak campur sekiranya PKR mempunyai perancangan untuk memberikan mana-mana kerusi kepada parti gabungannya di bawah Pakatan Harapan.

Mengulas mengenai perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh PKR, DAP dan Amanah di negeri ini Jumaat lalu, Alias memberitahu, tidak timbul soal mana-mana parti meminggirkan Pas kerana Pas sendiri sudah pun membuat ketetapan untuk tidak bersama dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya, jika pihaknya dijemput ke program MoU itu sekalipun, wakil Pas tidak akan hadir dan ia selari dengan keputusan ditetapkan Pusat bahawa Pas tidak akan menyertai pakatan baharu itu.

Bagaimanapun katanya, Pas tetap terbuka dengan PKR yang menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.

“Kalau PKR hendak berhubung dengan mana-mana parti, itu hak masing-masing dan mereka juga tidak boleh hendak sekat hak Pas untuk bekerjasama dengan NGO dan mana-mana parti politik pada masa hadapan.

“Kita kena lihat kerjasama itu dalam pelbagai bentuk dan bukan terikat dengan satu-satu pihak sahaja. Apa yang jelas, Pas tidak akan bersama dalam Pakatan Harapan sebagaimana arahan Pusat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerusi Dun Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang memperlihatkan pertandingan tiga penjuru sebelum ini, beliau menjelaskan ketiga-tiga kerusi terbabit adalah kerusi Pas berikutan PKR telah mengumumkan penarikan balik calon-calonnya pada saat-saat akhir.

Pada PRU13 lalu, ketiga-tiga kerusi tersebut memperlihatkan pertindihan kerusi antara Pas dan PKR sehingga menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Memandangkan mereka sudah mengisi borang pencalonan, nama calon tetap ada dalam kertas undi walaupun tarik diri. Saat akhir PKR setuju tarik diri, jadi kerusi itu kerusi Pas. Tiada benda yang perlu dipertikai,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.