Buat undian putuskan kedudukan MCA dalam BN
Datuk Seri Ong Tee Keat
PUTRAJAYA – MCA sepatutnya mengadakan pungutan suara dalam parti itu bagi menentukan kedudukan MCA sebagai parti komponen BN.
Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata demikian ketika mengulas kesetiaan MCA terhadap parti itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau saya masih presiden (MCA) saya akan adakah undian untuk menentukan kedudukan parti di dalam BN.
“Ini kerana ada rasa tidak puas hati yang jelas di kalangan akar umbi MCA dan masyarakat Cina berhubung masalah dan isu yang melanda negara ini.
Tee Keat ditemui pemberita hari ini ketika mengadakan satu sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shapie Apdal.
[ ARTIKEL BERKAITAN: MCA bukan rakan tidak aktif ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Isu-isu negatif’ tak jejas sokongan MCA ]
Menurut pandangannya lagi, jika beliau masih berada dalam MCA, beliau akan mengambil pendekatan berbeza dalam menangani isu kedudukan parti tersebut.
“MCA menjadi sebahagian daripada masyarakat, mereka mempunyai banyak rungutan dan perasaan tidak senang atas keadaan negara dan juga masa depan mereka.
“Kalau awak tanya saya, apa pandangan saya (terhadap isu ini) saya yakin saya boleh tangani keadaan ini. Berbeza dengan apa yang pemimpin sekarang lakukan,” katanya lagi.


0 orang berkata:
Post a Comment