Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEDUDUKAN NAJIB TERUS DIPERKATAKAN

Gugur Najib: Tidak boleh buat undi tidak percaya

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan, usaha untuk membawa usul undi tidak percaya pada sidang Parlimen akan datang tidak akan berjaya.

Ini kerana kata veteran Umno itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam standing orders (Perintah Tetap Parlimen).

"Kita ada hak untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.

"Tetapi kita juga diberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat berhak menolak apa jua usul kerana ia tidak disebut dalam Perintah Tetap yang dipakai dalam Dewan Rakyat.

"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk kemukakan usul tidak diizinkan speaker jadi..," katanya mengulas tindakan yang boleh dilakukan oleh Ahli Parlimen mengenai undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh berkata, ada cara lain yang boleh dibuat, namun beliau dilihat enggan mengulas lebih lanjut.

"Itu kita akan cakap di forum yang lain," katanya.

Pandangan sama juga turut dinyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa usul undi tidak percaya boleh dilakukan untuk menyingkirkan Najib.

"Kalau di luar negara, undi tidak percaya itu perkara biasa dan mereka (pemimpin) akan turun, seperti mana berlaku di beberapa negara antaranya, Australia.

"Undi tidak percaya boleh dibuat kerana tidak melanggar Perlembagaan Negara," katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.