Beranikah 10 wakil rakyat Pas lompat parti?
KOTA BHARU - Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas'
apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan
melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun
depan.
Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Harapan Baharu Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 September.
Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika
ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat
negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan
dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak
lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.
Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga anggota Parlimen dan tujuh Adun dari negeri ini.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat Pas Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada PRU13.

Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan
Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud
Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang
dikenakan ke atas wakil rakyat Pas adalah sah, kata Kamarul Zaman.
"Sebaliknya, wakil rakyat Pas Kelantan yang keluar daripada Pas inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika wakil rakyat Pas Kelantan tetap keluar daripada Pas di sebalik
bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan
daripada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui Bernama di sini,
baru-baru ini.
Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta
Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai
Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata kedua-dua ahli
Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana
mereka bukan berasal dari Kelantan.
"Saya melihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat Pas Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada Pas.

"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali
bertanding di Tumpat di atas tiket BN tetapi tidak pernah menang
sehinggalah beliau bertanding di atas tiket Pas, sekali gus menunjukkan
kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau
tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya.
Pas menguasai majoriti 32 kerusi Dun di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi.
Kamarul Zaman berkata jika benar tujuh Adun Pas melompat parti dan
menyertai Amanah, Pas Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan
mempunyai majoriti selesa.
"Jika pun 10 wakil rakyat Pas Kelantan, terutama tujuh Adunnya ini benar-benar keluar daripada Pas menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan Pas Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dun yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.
"Pada masa yang sama, kemungkinan untuk tujuh Adun Pas Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya. - Bernama

2 orang berkata:
aku bersetuju adun Pas keluar Pas dan bergabung dengan Umno untuk membangunkan semula rumah penduduk yang di landa abnjir dulu.nak harapakan Pas jauh sekali,cepat gabungkan dengan Umno,agar rakyat kleantan hidup selesa dibawah BN.tinggalkan Hj Hadi mperosak Pas.
Ye....
Mereka terlalu murah hingga sanggup membaiahkan bini mereka cerai talak 3 HANYA KERANA POLITIK
Post a Comment