Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HILANG KEPERCAYAAN


Kalau tidak yakin PM, raja akan terus terang

Kalau tidak yakin PM, raja akan terus terang 
 
Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Transformasi Program PPLKN di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN


KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja Melayu tidak akan menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demikian kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menegaskan bahawa jika pihak istana mahu berpendirian sebegitu, baginda sekalian akan menyatakannya secara berterus terang.


"Kalau tak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, kalau Raja-raja percaya itu merupakan sesuatu yang perlu diketengahkan, saya percaya mereka akan cakap bulat-bulat.


"Tak perlu bawa isu 1MDB, kalau tak percaya, tak percaya lah, ada pihak-pihak tertentu cuba salah tafsir apa yang Majlis Raja-raja Melayu nyatakan semalam," katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.


Beliau mengulas titah Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.


Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak bertanggungjawab perlu memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.


Dalam pada itu, Hishammuddin juga berkata, kenyataan baginda sekalian itu cuba diputarbelitkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan ia hanya satu andaian semata-mata.


"Mereka cuba memburukkan titah Raja-raja, itu tidak adil, hanya raja-raja yang tahu.

"Kalau Raja-Raja tak yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib, tak perlu melalui 1MDB," jelasnya.


Beliau berkata lagi, kabinet Malaysia mengakui titah baginda sekalian itu turut merupakan satu tekanan kepada kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu 1MDB.


"Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu, baginda hanya menyarankan sesuatu yang memang merupakan satu tekanan kepada kita di peringkat kabinet dan kepimpinan Perdana Menteri sendiri.


"Jadi rasa bukan satu perkara yang luar biasa," ujarnya.


Naib Presiden Umno itu turut memberi jaminan bahawa mereka yang didapati melakukan tindakan yang melanggari undang-undang akan didakwa di mahkamah.


"Mana-mana pihak yang (terlibat dalam) salah laku atau telah melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang tidak terkecuali daripada dibawa ke muka pengadilan," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.