Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PECAH BELAH ?

Friday, October 02, 2015

AKHIRNYA.......PARTI PKR BERPECAH BELAH!

Perkembangan terbaru ini sangat menarik kerana ia menunjukkan betapa teruknya pakatan pembangkang. Parti sendiri pun tidak mampu dijaga, ada hati mahu tadbir negara.
Tetapi kita skeptikal dengan berita yang dilaporkan oleh portal pro-pembangkang. Malah, 'konflik' dalaman ini berkemungkinan besar akan segera ditutup supaya tidak lagi diperkatakan oleh rakyat.

Anda baca:
Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu. 
Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. 

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.

"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.

Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.

Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.

Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.- seterusnya
Apakah jawapan Wan Azizah kepada isu yang memalukan ini?

Janganlah pula beliau kata isu ini adalah 'pandangan peribadi dan bukan pandangan parti' seperti yang beliau katakan untuk menjawap isu di Pulau Pinang! BACA SINI

5 orang berkata:

Anonymous said...

Eloklah berpecah. Geng Azmin boleh join PAS. Atau buat parti baru dan berpakat dgn PAS. Moga2 itu yg akan jadi. So rakyat ada bnyk pilihan. Bila ada kerajaan campuran masing2 parti akn cuba utk menang hati rakyat.

Anonymous said...

sukalah kamu palaramu.PKR berpecah dan kamu lupa pula bahawa Pas juga sudah berpecah .yang tak berpecahnay DAP .kau tak malu ke pada cina kafir? eeeeee sebagai bloger Pas mana tak letak muka.cakap berdgar2 hentam DAP tetapi bila tiba di SElangor semua peminpin Pas dan bloger macama kau hilang telur.buka kecut telur.maruah kamu dibawah DAP

Anonymous said...

Dua tiga kerat sje yg x setuju. Itupun sbb takut hilang jwtn mb. Elok sgt puak tu keluar pkr dan join pas. Kita x nak org mcm ni. Sila keluar atau pecat saja.

Anonymous said...

Azmin jgn besar kepala dan sombong sgt dgn majoriti ahli pkr. Dia perlu ingat kejadian yg menimpa TSKI. Ingat ya, jgn sampai kena pecat pkr pulak. Tolong hornat ketua, jangan ingat pegang mb tu besar sgt. Jgn sampai pkr hilang sabar dan pecat kamu. Kang jadi mcm TSKI....

zulkifli said...

suka je kih3...umno senyum lebar...kerana orang melayu ramai yg dah buto...dap lebih baik drp saudara sendiri....akhirnya berpecah jua....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.