Medan Himpunan Pendokong Dan Penyokong PAS
- Butiran
- Diterbitkan: 16 Oktober 2015
- Ditulis oleh Dewan Ulama PAS pusat
FASTAQIM : One Stop Center Ahli dan Penyokong PAS.
Oleh : Nasrudin Hassan
Setiausaha FASTAQIM
Setiausaha FASTAQIM
1. Esok 17 Oktober 2015 adalah hari bersejarah. Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) telah menganjurkan satu himpunan mega di Stadium
Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan. Himpunan ini diberi nama
Himpunan Fastaqim (H60K).
2. Fastaqim dengan maksud bangkitlah berjuang dan menunaikan
tanggungjawab perjuangan dengan penuh dedikasi dan pro aktif. (H60K)
pula adalah angka sasaran untuk melimpahi segenap ruang stadium Sultan
Muhammad IV tersebut.
3. Himpunan ini adalah bersifat aman. Tanpa amarah dan emosi
memberontak. Sangat sesuai disertai seisi keluarga. Pula sarat dengat
aktiviti yang santai, merehatkan minda, mengeratkan silaturrahim,
menyemarakkan semangat juang, informasi yang benar dan amanat perjuangan
dari sang komander.
4. Turut diperkayakan dengan Munajat Perdana dan santapan spiritual
selepas solat maghrib berjamaah ke arah membina peribadi yang teguh
berjuang mendepani cabaran luar dan dalam. Lantaran itu jangan lupa :
i - hadhir berwudhu' ( atau bekal sebotol air mineral untuk berwudhu' )
ii - bawa sejadah atau tikar sembahyang.
5. Tema himpunan ini ialah hijau. Pastikan anda tidak lupa untuk
bergaya dengan baju rasmi FASTAQIM sama ada lengan panjang atau pendek
dan pastinya menutup aurat dengan sempurna bagi lelaki dan wanita.
Elakkan bersesak - sesak muslimin dan muslimat. Insyaallah kita sediakan
laluan dan area yang selesa untuk muslimin dan muslimat. Ingat !
Himpunan FASTAQIM ini adalah Himpunan Ibadah.
6. Acaranya ibadah malah keseluruhan agendanya adalah ibadah. Semoga
Allah swt merestui Himpunan Fastaqim ini yang juga merupakan "One Stop
Center" bagi ahli PAS dan penyokongnya dari seluruh negara bertemu dan
menumpahkan rindu bersulam ukhuwwah Fillah. Pastinya aneka camera dan
smart phone di awa bersama untuk merakam kenangan indah melalui detik -
detik bersejarah ini.
7. Saya cadang anda dapatkan 1001 selfie bersama rakan - rakan anda
dari seluruh negara dan jangan lupa muat naikkan dalam facebook masing -
masing dan pastikan anda share ke facebook Himpunan Fastaqim - H60K.
8. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik Celcom, Maxis, DIGI
dan lain - lain syarikat telekomunikasi agar meningkatkan upaya capaian
pengguna pada hari berlangsungnya Himpunan Fastaqim ini. Tentu sahaja
trafic cyber menjadi amat sibuk apabila 60 ribu pengguna dalam satu masa
dan satu lokasi mengakses talian masing - masing.
9. Tentu sahaja syarikat telekomunikasi terbabit beroleh untung dari
akses yang pro aktif dari peserta Himpunan Fastaqim selain Fastaqim juga
memuat naik ke jalur lebar pelbagai warna kenangan dan imej yang
menarik.
10. Saya dan seluruh warga Sekretariat Penganjur Himpunan Fastaqim
iaitu PAS Pusat, Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Kerajaan
Negeri Kelantan mengalu - alukan kedatangan semua tetamu dan mendoakan
agar perjalanan kita semua selamat pergi dan balik. Justeru itu saya
ingatkan diri saya dan kita semua agar :
- hati - hati memandu di jalanraya
- berhemah dan jaga akhlak
- jangan memandu jika letih/mengantuk
- patuhi undang - undang jalanraya
- jangan berlumba & memandu gopoh
- periksa kenderaan anda
- jangan bawa alat tajam merbahaya
- sabar/tenang jika sesak di jalanraya
- jaga kesihatan dan keselamatan
- jangan lupa doa naik kenderaan
- berhemah dan jaga akhlak
- jangan memandu jika letih/mengantuk
- patuhi undang - undang jalanraya
- jangan berlumba & memandu gopoh
- periksa kenderaan anda
- jangan bawa alat tajam merbahaya
- sabar/tenang jika sesak di jalanraya
- jaga kesihatan dan keselamatan
- jangan lupa doa naik kenderaan
Beristiqamah Hingga Kemenangan.
Sekian


7 orang berkata:
ada 2 lagi yang tertinggal,(1). jangan lupa sedekahkan RM 10 setiap yang hadir dan akan ditabungkan untuk membina rumah bantuamn banjir.(2) Janagn dibenarkan ahli oerkasa yang hadir sama memmaki baju merah ,akan terjadi fitnah dan akan terpalit pada parti kita.sebab semua orang tahu dulu perkasa memang jenis garang .Hidup Pas.
Perhimpunan puak khawarij
kih3....busuk sungguh hati dio ni...bio jelah dio menyalak sorang sorang....kito teruskan program macam biasa...happy dan bersemangat....H60K.....
kih3....busuk sungguh hati dio ni...bio jelah dio menyalak sorang sorang....kito teruskan program macam biasa...happy dan bersemangat....H60K.....
kih3....busuk sungguh hati dio ni...bio jelah dio menyalak sorang sorang....kito teruskan program macam biasa...happy dan bersemangat....H60K.....
kih3..perhimpunan Perkasa dan Pas seperti gabungan Puak Quraisy dan Khawarij bersatu demi meLAYU..H60K...kah kah kah
kih3..perhimpunan Perkasa dan Pas seperti gabungan Puak Quraisy dan Khawarij bersatu demi meLAYU..H60K...kah kah kah
Post a Comment