Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perhimpunan besok

Medan Himpunan Pendokong Dan Penyokong PAS

FASTAQIM : One Stop Center Ahli dan Penyokong PAS.
Oleh : Nasrudin Hassan
Setiausaha FASTAQIM

1. Esok 17 Oktober 2015 adalah hari bersejarah. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menganjurkan satu himpunan mega di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan. Himpunan ini diberi nama Himpunan Fastaqim (H60K).

2. Fastaqim dengan maksud bangkitlah berjuang dan menunaikan tanggungjawab perjuangan dengan penuh dedikasi dan pro aktif. (H60K) pula adalah angka sasaran untuk melimpahi segenap ruang stadium Sultan Muhammad IV tersebut.

3. Himpunan ini adalah bersifat aman. Tanpa amarah dan emosi memberontak. Sangat sesuai disertai seisi keluarga. Pula sarat dengat aktiviti yang santai, merehatkan minda, mengeratkan silaturrahim, menyemarakkan semangat juang, informasi yang benar dan amanat perjuangan dari sang komander.

4. Turut diperkayakan dengan Munajat Perdana dan santapan spiritual selepas solat maghrib berjamaah ke arah membina peribadi yang teguh berjuang mendepani cabaran luar dan dalam. Lantaran itu jangan lupa :

i - hadhir berwudhu' ( atau bekal sebotol air mineral untuk berwudhu' )
ii - bawa sejadah atau tikar sembahyang.

5. Tema himpunan ini ialah hijau. Pastikan anda tidak lupa untuk bergaya dengan baju rasmi FASTAQIM sama ada lengan panjang atau pendek dan pastinya menutup aurat dengan sempurna bagi lelaki dan wanita. Elakkan bersesak - sesak muslimin dan muslimat. Insyaallah kita sediakan laluan dan area yang selesa untuk muslimin dan muslimat. Ingat ! Himpunan FASTAQIM ini adalah Himpunan Ibadah.

6. Acaranya ibadah malah keseluruhan agendanya adalah ibadah. Semoga Allah swt merestui Himpunan Fastaqim ini yang juga merupakan "One Stop Center" bagi ahli PAS dan penyokongnya dari seluruh negara bertemu dan menumpahkan rindu bersulam ukhuwwah Fillah. Pastinya aneka camera dan smart phone di awa bersama untuk merakam kenangan indah melalui detik - detik bersejarah ini.

7. Saya cadang anda dapatkan 1001 selfie bersama rakan - rakan anda dari seluruh negara dan jangan lupa muat naikkan dalam facebook masing - masing dan pastikan anda share ke facebook Himpunan Fastaqim - H60K.

8. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik Celcom, Maxis, DIGI dan lain - lain syarikat telekomunikasi agar meningkatkan upaya capaian pengguna pada hari berlangsungnya Himpunan Fastaqim ini. Tentu sahaja trafic cyber menjadi amat sibuk apabila 60 ribu pengguna dalam satu masa dan satu lokasi mengakses talian masing - masing.

9. Tentu sahaja syarikat telekomunikasi terbabit beroleh untung dari akses yang pro aktif dari peserta Himpunan Fastaqim selain Fastaqim juga memuat naik ke jalur lebar pelbagai warna kenangan dan imej yang menarik.

10. Saya dan seluruh warga Sekretariat Penganjur Himpunan Fastaqim iaitu PAS Pusat, Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan mengalu - alukan kedatangan semua tetamu dan mendoakan agar perjalanan kita semua selamat pergi dan balik. Justeru itu saya ingatkan diri saya dan kita semua agar :
 
- hati - hati memandu di jalanraya
- berhemah dan jaga akhlak
- jangan memandu jika letih/mengantuk
- patuhi undang - undang jalanraya
- jangan berlumba & memandu gopoh
- periksa kenderaan anda
- jangan bawa alat tajam merbahaya
- sabar/tenang jika sesak di jalanraya
- jaga kesihatan dan keselamatan
- jangan lupa doa naik kenderaan
Beristiqamah Hingga Kemenangan.
Sekian

7 orang berkata:

Anonymous said...

ada 2 lagi yang tertinggal,(1). jangan lupa sedekahkan RM 10 setiap yang hadir dan akan ditabungkan untuk membina rumah bantuamn banjir.(2) Janagn dibenarkan ahli oerkasa yang hadir sama memmaki baju merah ,akan terjadi fitnah dan akan terpalit pada parti kita.sebab semua orang tahu dulu perkasa memang jenis garang .Hidup Pas.

Anonymous said...

Perhimpunan puak khawarij

zulkifli said...

kih3....busuk sungguh hati dio ni...bio jelah dio menyalak sorang sorang....kito teruskan program macam biasa...happy dan bersemangat....H60K.....

zulkifli said...

kih3....busuk sungguh hati dio ni...bio jelah dio menyalak sorang sorang....kito teruskan program macam biasa...happy dan bersemangat....H60K.....

zulkifli said...

kih3....busuk sungguh hati dio ni...bio jelah dio menyalak sorang sorang....kito teruskan program macam biasa...happy dan bersemangat....H60K.....

Anonymous said...

kih3..perhimpunan Perkasa dan Pas seperti gabungan Puak Quraisy dan Khawarij bersatu demi meLAYU..H60K...kah kah kah

Anonymous said...

kih3..perhimpunan Perkasa dan Pas seperti gabungan Puak Quraisy dan Khawarij bersatu demi meLAYU..H60K...kah kah kah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.