KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA,  Datuk Seri Wee Ka Siong berkata,  kepentingan masyarakat Cina akan terus terjejas dan dikesampingkan selagi mana masyarakat itu terus menerus memberi undi kepada DAP.

Ujarnya, ini berlaku kerana DAP tidak boleh mewakili suara masyarakat Cina dalam kerajaan kerana tidak mempunyai kuasa yang membolehkan mereka berbuat demikian.

"Selagi BN memerintah kita kena ikut saluran.

"Dan sekiranya masyarakat Cina terus ‎terpedaya dengan DAP padah buat mereka  sebab tiada wakil dalam kerajaan yang boleh mewakili suara masyarakat Cina.

"Kalau tiada wakil MCA siapa lagi nak bantu masyarakat Cina,"  katanya ketika sidang medianya di Wisma MCA, hari ini.

Dalam pada  ‎itu, ketika menyentuh perkembangan semasa dalam negara, Ka Siong berkata, MCA akan terus berusaha gigih untuk memberi tumpuan bersama-sama membantu kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit.

"Kita akan terus semarakkan semangat harmoni di dalam negara dan memberi tumpuan di dalam memulihkan ekonomi negara," katanya.