Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUARA MAKHLUK MANUSIA TIDAK MENAKUTKAN ISU 1MDB

Bukti kemelut 1MDB isu serius
Razman Zakaria
Razman Zakaria
 
IPOH - Pelbagai pihak menyokong penuh kenyataan Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan segera menyelesaikan kemelut 1MDB dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab. 
 
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kenyataan Raja-raja Melayu itu membuktikan institusi berkenaan memandang serius kemelut di sebalik siasatan berkaitan 1MDB.

“Saya percaya kedudukan Ringgit Malaysia (RM) hanya akan kembali melonjak selepas kemelut 1MDB diselesaikan,” katanya.

Nada sama turut disuarakan DAP Perak yang menyifatkan gesaan Raja-raja Melayu adalah demi mempertahankan integriti institusi negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, pasukan khas siasatan terdiri daripada empat agensi kerajaan itu wajib dipulihkan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

 Kenyataan Raja-raja Melayu ini turut mendapat respons positif daripada pimpinan BN yang menjunjung kasih teguran dibuat.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, ia sesuatu yang perlu diambil berat setelah sekian lama isu itu bermain dalam kalangan pemimpin dan rakyat.

“Bila teguran dibuat Raja-Raja Melayu, ia perkara yang harus diambil berat kerana disampaikan bukan atas kapasiti individu,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Perak, Hairul Anwar Mohd Nor pula berkata, kerajaan perlu menunjukkan usaha positif dalam meredakan sebarang keresahan yang melanda rakyat ketika ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diyakini mampu menyelesaikan kemelut 1MDB seperti dijanjikan sebelum ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.