Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG GILA KATA PAS UMNO BERSATU TU PUAK YANG TAK PERNAH KE MASJID


CAKAP ORANG KECIWA DALAM BERPOLITIK ATAU BUAT FITNAH JAHAT, TUJUANNYA ? HANYA SUPAYA PAS DIBENCI PENGUNDI YANG MAHU PERUBAHAN, ORANG BANGANG TAK TAHU HUKUM AGAMA DAN JAHIL, MULUT BUSUK MACAM BANGKAI, DAH BAGI TAHU, TAPI TAK MAHU FAHAM, MANA MUNGKIN PAS DAN UMNO BERSATU, SEDANGKAN DASAR MASING-MASING TERSANGAT JAUH MACAM BUMI DAN LANGIT, TAPI MULUT GATAI NAK BERCAKAP JUGA

APA YANG JELAS, ORANG PAS,UMNO, PKR DAN ORANG SERIHAN  DARI PAS BERSATU PADA HARI JUMA'AT KAT MASJID, YANG NI MEREKA TAK PULAK BISING, BILA DILUAR MASJID MEREKA BISING PULAK, NI MENUNJUKKAN HATI MEREKA KOTOR MACAM BANGKAI, APA ERTINYA ? ERTINYA MEREKA TIDAK MENGHAYATI SOLAT, MEREKA HANYA SOLAT SAHAJA, HANYA IKUT IMAM SAHAJA, JIKA MEREKA MENGHAYATI SOLAT MAKA MEREKA WAJIB BERSATU SEPERTIMANA DIDALAM MASJID, TAPI MENGAPA TAK BERSATU SEPERTIMANA DALAM MASJID ? SEBABNYA MEREKA JAHIL MAKSUD BERJAMA'AH DAN DASAR BERJAMA'AH

DIDALAM MASJID IKUT SATU IMAM, DILUAR MASJID IKUT IMAM SEKULAR, CAKAP TAK SERUPA BIKIN, MEREKA BELA HANTU RAYA YANG SENTIASA MENGIKUTI MEREKA ATAU HANTU RAYA BELA MEREKA - Pak Karamu

Pas-Umno bersatu, bagaimana anda tafsir?




Sanusi Junid
Bekas menteri besar Kedah,Tan Sri Sanusi Junid ketika berucap pada program Bicara Minda & Sesi Dialog yang bertajuk Perpaduan: Mengapa Kita Masih Keliru? bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.- Foto Sinar Harian/AFIQ RAZALI


SHAH ALAM – Pemimpin veteran, Tan Sri Sanusi Junid menyifatkan soal penyatuan antara Umno dengan Pas yang dibangkitkan pihak tertentu mungkin menjadi atau tidak bergantung pada tafsiran yang dibuat oleh mereka.

Namun tegasnya, apa yang penting adalah memastikan agama Islam itu menjadi payung bukannya menjadi alat kepada politik.


“Sebenarnya bergantung pada ayat mana yang anda baca...bagaimana anda tafsir. Kalau saya, saya baca ‘orang mukmin itu bersaudara. Pegang pada tali ALLAH, janganlah berpecah belah.’


“Tapi kalau nak berkelahi pun, jika anda salah ambil ayat, umpamanya ‘boleh menikah satu atau dua atau tiga ataupun empat’. Ada orang di Jawa ini, dia campur sebab dalam bahawa Arab ‘wau’ itu (maksudnya) ‘dan’.  Dia pun campur satu dan dua dan tiga dan empat. Dia menikah 10.


“Jadi, bergantung pada tafsir, yang pentingnya, agama itu perlu menjadi payung kepada politik jangan agama jadi alat kepada politik,” katanya ketika menjawab soalan moderator, Dr Maszlee Malik pada program  Bicara Minda & Sesi Dialog, ‘Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?’, di sini, semalam.


Sebelum itu, beliau ada menyebut soal penyatuan antara Melayu hanya berlaku sekiranya Melayu dihina oleh mana-mana pihak dan bukan kerana kuat agama malah perkara itu telah berlaku sejak sebelum merdeka.


“Dulu, yang bawa masuk orang putih ke negara kita adalah orang Melayu. Kita bersatu pabila dia (penjajah) sentuh air muka kita, raja, ulama, cikgu, semua bersatu. Kemudian kita berkelahi semula. Pada 13 Mei (1969), huru-hara balik, bersatu balik. Tahun 1962, Pas kata Umno kafir. 1969, Pas berkawan dengan Umno. 1974, Pas masuk BN. Sewaktu itu, Umno tidak lebih Islam pun dan Pas pun tidak lebih sayang pada Umno tapi kerana Melayu telah terhina, kita berkawan balik. Lepas kawan balik tiba-tiba di Kelantan, kerajaan isytihar darurat yang tak patut pun.


“Jadi, kita sebenarnya bersatu kerana kita dihina. Tapi sekarang ini, kita sudah ada pengalaman kalah. Melayu sekarang ini sudah tidak kisah sangat kalah. Contohnya apabila DAP menang di Pulau Pinang. Ketika itu kita lihat perdana menteri kita pergi ke Pulau Pinang, berpeluk-peluk dengan Lim Guan Eng. Ini yang kita naik geram,” katanya.

Oleh itu, katanya, perpaduan perlu dikukuhkan kembali bagi memastikan Melayu terus berkuasa.


“Sekarang ini kita makin kurang malu, faham tak? Kita dulu bersatu kerana maruah. Sekarang maruah pun kita tidak peduli dah. Sekarang kita lihat orang kita terjerit-jerit untuk mempertahankan maruah sedangkan banyak orang kita yang menjual maruah.


“Jadi, kalau kita nak pastikan (terus) berkuasa, kita kena kuatkan balik perpaduan...mesti berasaskan kebenaran. Tiada jalan lain lagi dah, jika kita tidak satukan Melayu dengan Islam, kita memang tiada masa depan,” katanya.


Tambahnya,”bagi kita Melayu, kita ada agama Islam. Jika tidak mahu menjadi alim sungguh pun, cuba-cubalah. Al-Quran kena baca, maknanya kena baca. Janganlah kita jadi ‘fashionable Muslim’ sahaja.”

2 orang berkata:

Unknown said...

Komen apa tu yg admin bw masuk dlm ruang ni.

Unknown said...

Komen apa tu yg admin bw masuk dlm ruang ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.