Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BODOHLAH HADI JIKA LAYAN HUSAM, HUSAM AHLI BIASA JE

Dakwaan Husam: Hadi tidak boleh kunci mulut
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
 
 
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh terus mengunci mulut terhadap dakwaan yang dilemparkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. 
 
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Presiden Pas itu perlu menjawab dakwaan terhadap dirinya itu secepat mungkin bagi mengelakkan isu persepsi terus menebal.

“Jika benar, beliau harus menjawab. Jika tidak betul, beliau harus buktikan dengan testimoni-testimoni ataupun saksi-saksi yang boleh (membuktikan) beliau tidak melakukan.

“Hadi harus mengambil pendirian untuk segera bangkit memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN:‎ Kritik presiden: Tindakan Husam itu berani]

Sebelum ini, Husam yang juga Adun Salor mendakwa Abdul Hadi merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.

Namun sehingga hari ini, Abdul Hadi belum membuka mulut sebaliknya hanya pimpinan Pas yang lain mengeluarkan kenyataan mempertahankan Ahli Parlimen Marang itu.

Menurut Jeniri, sikap berdiam diri Abdul Hadi itu hanya akan memburukkan keadaan terutama melibatkan kredibilitinya sebagai presiden parti.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada dengan Jeniri.

“Abdul Hadi kena jawab dakwaan. Jika tidak jawab, makin sukar untuk parti,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Psk karamu....
Ahli biasa tak boleh bukak mulut yekk?
Kalau dah bengkok tak boleh nak tegur yek?
Sebijik mcm umno pemimpin x boleh ditegur.
Mcm parti komunis pulak yekkk....

Anonymous said...

Tegur "ikut saluran", ada 2 kemungkinan berlaku:
1. Simpan bawah karpet sampai berkulat.
2. Anda akan dituduh barua dap.

Unknown said...

Aku rasa lebih baik tghh diam drp menjawab.bkn ka beberapa pemimpin dr umno dan azmin pun dah jawab.tak faham lg ka.lagi pula rasanya tghh pun tahu apa patut dia buat atau tidak.tak payah ajar atau suroh.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.