Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HOT DOG

DAP parti 'panas', Pas sentiasa cool

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan DAP sebagai parti 'panas' kerana sikap perwakilan parti itu yang terus mempersoalkan peranan Pas dalam pentadbiran di Selangor.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, rakyat Malaysia terbuka untuk memilih mana-mana parti yang disukainya dan Pas sentiasa 'cool' dalam menghadapi cabaran politik di negara ini.

"DAP merupakan sebuah parti yang panas, kalau rakyat Malaysia suka panas, dia pilih DAP, suka cool pilih Pas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor DAP 2015 semalam yang memberi kata dua kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat Pas dari pentadbirannya.

Perwakilan DAP berkata jika Mohamed Azmin enggan berbuat demikian, DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Azmin pecat Pas atau DAP keluar]

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh juga berkata, pendirian Pas yang berkecuali dari tindakan Pakatan Harapan yang tidak mahu menyokong Bajet 2016 dan usul tidak percaya merupakan satu tindakan yang beretika.

"Iya, sikap berkecuali (tidak sokong Belanjawan 2016 dan usul tidak percaya PM) tindakan Pas itu memang beretika," ujarnya.

Ditanya tentang sikap Pas terhadap undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata lagi parti Islam itu konsisten untuk menyokong usul tersebut.

"Tiada flip flop (bolak balik) itu ketegasan kita berkenaan politik di Malaysia ini, kita tengok dulu (usul undi tak percaya), Presiden Pas sudah sebut, sekarang ini undi tidak percaya ini tidak tahu ke mana lagi. Jadi kita jawab lepas ini.

"Kita tegas dan tidak berundur untuk membawa politik matang dalam politik Malaysia hari ini," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.