PUCHONG - Lebih 200 lagi cawangan Umno dipercayai akan mengadakan 
protes kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan 
diadakan dalam satu majlis khas Jumaat ini.

Pendedahan ini disuarakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, 
Mohd Said Amidon.

Mohd Said berkata, perkara ini dijangka akan menjadi satu protes lebih
 besar kepada Najib.

"Selangor sahaja ada 22 bahagian Umno, sekurang-kurangnya 10 
cawangan setiap bahagian akan bersama kami dalam bantahan ini.

"Ramai ketua-ketua cawangan menyatakan persetujuan untuk
 bersama dalam majlis berkenaan nanti," katanya ketika ditemui
 semalam.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media bersama 22 lagi
 ketua cawangan Umno dalam bahagian Puchong menegur 
kepimpinan

Dalam pertemuan berkenaan, beliau juga menegaskan tindakan 
mereka ini tidak mendapat sebarang habuan daripada mana-mana
 pihak, sebaliknya adalah tindakan mereka sendiri.

"Jangan salah anggap dengan tindakan kami ini seolah-oleh akan 
memburukkan parti, kerana sayangkan parti lah kami buat semua ini.

"Kami ini bukan hanya ahli Umno, tetapi orang Umno yang bersedia 
dengan apa jua tindakan, kami tidak gentar," tegasnya
.