Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA YANG TERKEJUT BILA PAS TERSANGAT TEGAS

SEBAIKNYA JANGAN SEBUT LANGSUNG  ATAU KAITKAN PAS DENGAN  AMANAH, - Pak Karamu
 
 
Pas tidak rasa disisih dalam pembangkang
Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah
 
KOTA BHARU - Pas tidak pernah rasa disisih walaupun tidak termasuk dalam kumpulan pakatan pembangkang baru yang dianggotai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). 
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas hanya bekerjasama dengan PKR sahaja dalam Pakatan Rakyat dan konteks hubungan Pas dan PKR dalam PR adalah berbeza dengan hubungan PKR dalam Pakatan Harapan.

"Itu bahagian dia (PKR). Kita tidak halang. Kita tidak rasa disisih pun. Setakat ini, hubungan kita dengan PKR juga masih kekal. Memang kita yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka (pakatan harapan),"katanya kepada media disini.

Beliau diminta mengulas isu Pas seolah-olah disisihkan apabila DAP, PKR dan Parti Amanah Negara mengumumkan ketiga-tiga parti itu mencapai persetujuan muktamad tanpa Pas.

Mohd Amar yang ditemui selepas mesyuarat exco disini turut ditanya mengenai keputusan Majlis Syura Ulama berkenaan kerjasama antara Pas dan Umno.


Beliau berkata, keputusan tersebut sudah jelas dan Pas memang bersendirian, namun dalam konteks politik, kerjasama masih wujud bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Saya sudah sebut,kita tidak akan bergabung. Istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama. Keputusan Syura itu sangat jelas, tiada persoalan dah,"katanya.

Ketika ditanya mengenai gandingan bersama Parti Amanah Negara di Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu turut menegaskan, pendirian Pas masih sama, tiada sebarang perbincangan dan kerjasama akan wujud dengan parti itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.