Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHMAD ATORY KALI NI BERNAS. AZIZ BARI KO DOK DIAM DLM DAP TU ....

AZIZ BARI KATA PAS TAK FAHAN SENI POLITIK, MACAM DIA MEMANG PANDAI SENI POLITIK SETELAH DIA JADI KATAK DAN PANDAI LOMPAT, AZIZ DIA DIKATAKAN PANDAI PERLEMBAGAAN NEGARA, TAPI DIA MUFLIS SIYASAH SYARI'AH, DARI PKR DIA LOMPAT DAP SEBAB DIA NAMPAK DAP LEBIH CERAH
DARI PKR.

MASA DIA LOMPAT DAP BUKAN MAIN SAKIT LAGI HATI PKR DIBUATNYA, DIA INGAT DALAM DAP DIA LEBIH CERAH, NAMUN DIA AKAN DIASINGKAN NANTI OLEH BANGSANYA SENDIRI, SUDAH TERDENGAR BAHAWA DIA AKAN DIPULAUKAN DIDALAM ARENA POLITIK TANAH AIR, LEPAS NI NAK LOMPAT MANA ?  -  Pak Karamu

Kerjasama mungkin erat jika hubungan baik sampai PRU
Umno Pas
Grafik Sinar Online
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang hanya mahu bekerjasama dengan Umno dalam perkara kebaikan dan ketakwaan kepada ALLAH‎ bertepatan pada masanya.  
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata 'perceraian' Pas dengan Umno sejak puluhan tahun itu tidak sewajarnya ditautkan kembali dengan kerajaan campuran. 


"Peringkat permulaannya mestilah atas dasar dan kepentingan bersama atau umum, tak boleh (buat) kerjasama politik dan terus tubuh kerajaan, tak boleh macam itu. 


"Kerjasama sekarang ini (masih) di peringkat orientasi, tak boleh terus gabungan (politik), asalkan dasarnya untuk kepentingan bersama dan demi kesatuan umat Islam dan orang Melayu," katanya kepada Sinar Online, hari ini. 


Beliau mengulas pendirian Majlis Syura Ulama Pas, hari ini yang kekal dengan keputusan lama iaitu tidak akan menyertai BN atau bersama Umno.


Bagaimanapun Majlis Syura Ulama Pas bersetuju untuk bekerjasama dengan parti Melayu itu dalam konteks Islam dan bukan ke arah maksiat dan kemudaratan.


Ahmad Atory yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata kerjasama berkemungkinan menjadi lebih erat hubungan baik ini dikekalkan sehingga PRU14. 


"Buat sementara ini biar dulu la, pilihan raya lambat lagi, kalau kerjasama ini dapat dikekalkan momentum hingga PRU14 nanti, saya rasa akan ada kerjasama mungkin lebih erat lagi, iaitu kerjasama politik.


"Biasanya kerjasama politik ini ialah calon, bertanding, manifesto, itulah kerjasama politik, (mungkin) Pas dan Umno akan tidak meletak calon di kawasan kuat Umno atau Umno tidak letak calon di kawasan kuat Pas," dakwanya. 


Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari pula menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu sebagai mengelirukan.


"Selama ini pun macam itu (mengelirukan) sama seperti memutuskan hubungan dengan DAP, sudah timbul kecoh, ada yang terkejut tak sangka kesannya seburuk itu. 


"Sekarang orang dah tahu dia (Pas) sudah berpeluk dengan Umno, jadi dia cuba nak mengelakkan kebusukan itu, hakikatnya Pas tak menentang Umno, di Parlimen begitu, di luar pun begitu," tegasnya. 


Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga menyifatkan Majlis Syura Ulama sebagai tidak memahami seni politik kerana masih berdolak-dalih sama ada bersama atau menentang Umno. 


"Pas ini nak berpolitik atau tidak dalam pilihan raya nanti, mudah saja, kalau keputusan itu bermakna bahasa tak reti politik laa tu.


"Majlis Syura Ulama kena belajar dengan bahasa politik dengan amalan politik (sekarang), kalau tidak jangan masuk politik, (baik) jadi pertubuhan dakwah, dan jangan letak calon dalam pilihan raya nanti," ujarnya. 


Abdul Aziz berkata lagi, pendirian Majlis Syura Ulama itu akan meletakkan parti Islam itu dalam bahaya besar termasuk ditolak rakyat pada PRU14 akan datang. 

"Pas berkelakuan, bergelagat dan bercakap dengan bahasa yang dia saja faham. 


"Saya fikir risikonya akan ditanggung oleh Pas sendiri, orang lain dah letih dengan gelagat dia, BN boleh bertepuk tangan (sebab) dah kurang musuh," katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.