MASA MAMAT NI DALAM PAS, APA YANG DIA TAK BEDAL UMNO ? SAMPAI TULANG SOM-SOM DIA HENTAM, INGAT LAGI TAK SEMASA DI PEJABAT AGONG PAS DEKAT KAWASAN RESTORAN YUSUF HASLAM ? - Pak Karamu
Sangsi keikhlasan Umno punca sokongan Pas tak berubah
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Sangsi terhadap keikhlasan Umno antara faktor utama tidak
berlakunya perubahan sokongan di peringkat akar umbi Pas terhadap parti
pemerintah itu sekiranya kedua-dua parti Melayu Islam itu ingin
bekerjasama semula.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, laluan
‘silaturahim’ itu semakin sukar apabila penyokong Pas dan Umno didakwa
masih kekal dengan pegangan lama (politik) kerana kezaliman Umno
terhadap Pas masih segar dalam ingatan mereka
“Penyokong Umno juga tidak lupa dengan pelbagai tuduhan parti lawan
(Pas) terhadap mereka. Mereka sangsi keikhlasan pihak lawan tradisi dan
tetap menyokong parti mereka walaupun tampaknya pemimpin mereka 'bermain
politik' seperti pernah mereka lalui dahulu.
“Tanggapan negatif terhadap satu sama lain ini tidak mudah untuk
diatasi sebab telah ditanam oleh pemimpin yang secara tiba-tiba mahukan
kerjasama dan membuat 'u-turn',” katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan
(IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada Ahad lepas bahawa
hasil kaji selidik badan itu mendapati kerjasama Umno dengan Pas tidak
akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.
Mohammad Redzuan berkata, hubungan baik Umno dan Pas juga akan
menyebabkan perpecahan orang Melayu yang lebih serius susulan kemarahan
penyokong parti Islam itu terhadap parti komponen BN itu masih menebal
sehingga ke hari ini.
Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang baharu itu turut
berkata keadaan semakin teruk kerana Pas berkemungkinan besar akan
berpecah sekali lagi kerana majoriti akar umbi masih tidak bersetuju
dengan kerjasama tersebut.
Berdasarkan kaji selidik IDE pada November lepas di Selangor
menunjukkan lebih 45 peratus responden tidak bersetuju dengan kerjasama
itu namun sokongan mereka tidak berubah meskipun banyak polisi kerajaan
tidak menguntungkan mereka.
Mengulas lanjut, Dzulkefly juga berkata pemimpin kedua-dua parti Melayu
ini menghadapi masalah untuk meyakinkan ahli dan penyokong
masing-masing kerana mereka sendiri tidak pernah berubah serta bertaubat
dengan semua kesalahan lalu.
“Lebih mudah bagi pembangkang dan penyokongnya untuk mengkritik serta
serang kerajaan (kerana) mereka berkuasa dan memerintah, lalu terdedah
kepada pelbagai salah guna kuasa, kepincangan dan kelemahan.
“Tetapi hakikatnya sekarang ini pembangkang juga memerintah di
peringkat negeri dan terdedah kepada segala salah-guna kuasa, suasana
yang terlalu terbelah ini, adalah punca utama, mengapa mereka mempunyai
persepsi negatif terhadap kerjasama kedua-dua parti Melayu ini,” katanya
lagi.


1 orang berkata:
Mamat ni patut diam saja.buat apa dok kacau Pas lagi.tumpu la pd pan tu.
Post a Comment