Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULILLAH !!!

Pas kekal tidak gabung dengan Pakatan Harapan
Idris Ahmad
Idris Ahmad
 
SHAH ALAM - Pas kekal dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, meskipun sedar bakal berdepan cabaran getir pada PRU14. 
 
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, pendirian Pas tetap kukuh dan yakin dengan kemampuan parti untuk menang kerusi yang ditandingi pada PRU14 tanpa bantuan daripada Pakatan Harapan.

“Kita tidak dengan Pakatan Harapan. Pendirian Pas tetap begitu (tiada gabungan). Insya-ALLAH, kita yakin dengan kemampuan kita. Pandangan dia sebagai orang luar, terpulanglah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan Nik Omar, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpandangan, Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung dengan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14.

Menurut Nik Omar, Pas perlu bergabung kerana sejarah membuktikan Pas tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian menghadapi PRU.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.