Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAHASA GILA BABI, TIDAK BERSETUJU UNTUK SETUJU !


Tidak pakai lagi prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
 
SHAH ALAM - Pakatan Harapan hari memaklumkan bahawa pihaknya tidak  akan menggunakan lagi prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' seperti mana diamalkan dalam PR sebelum ini.

Ketika membentangkan Perjanjian Pakatan Harapan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, fasal pertama menghuraikan prinsip dalam membuat keputusan bersama oleh ketiga-tiga parti yang diwujudkan untuk melaksanakan keputusan oleh Pakatan Harapan.

"Fasal pertama telah digunakan sejak 1999 iaitu sebarang keputusan Majlis Presiden adalah berdasarkan konsensus ketiga-tiga parti yang diputus secara bersama dan ia adalah mengikat.

"Maka untuk jawapan kepada persoalan paling besar yang sering ditanya sebab ketiga-tiga parti setuju untuk tidak bersetuju tidak lagi dipakai dalam Pakatan Harapan," katanya ketika pembentangan Perjanjian Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, sebarang pelanggaran keputusan bersama dikira sebagai perlanggaran perjanjian berkenaan.

"Pada masa yang sama, kita mengakui ketiga-tiga parti ini mempunyai asas perjuangan yang berbeza dan bebas mengambil dasar dan keputusan politik sendiri.

"Asalkan tidak melanggari perjanjian dan keputusan bersama yang kita tandatanganu hari ini atau keputusan Majlis Presiden pada masa akan datang," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.