Amanah tidak puas hati dapat lapan kerusi
Parti Amanah Negara
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor tidak berpuas hati
dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu
untuk mengisi jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengerusinya, Izham Hashim masih menyimpan harapan untuk meneruskan
rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku
pertambahan kerusi kepada ahli majlis Amanah.
"Kita akan teruskan lagi rundingan, saya anggap angka itu (lapan) belum muktamad.
"Amanah Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan kerajaan
Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan
bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor,"
katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali hari ini mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa
tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara
PKR, Pas dan DAP.
[ARTIKEL BERKAITAN: Amanah dapat lapan kerusi PBT di Selangor]
Bagaimanapun, tambah Izham lagi, Amanah Selangor menyambut baik dan
berterima kasih atas kesediaan kerajaan negeri memberi ruang peranan
kepada parti mereka dalam PBT.
Sebelum ini, Izham menegaskan tetap dengan keputusan meletakkan kuota antara 24 hingga 34 ahlinya di 12 kerusi ahli majlis PBT.
Menurutnya, setiap satu PBT, pihaknya mahukan sekurang-kurangnya dua
kerusi diisi oleh Amanah dan jika berkurang pihaknya akan menolak
tawaran berkenaan.


0 orang berkata:
Post a Comment