LINTAH DAN PACAT FAHAM SYARI'AT - Pak Karamu
Umno mahu Pas kaji semula keputusan Majlis Syura
Umno mahu Pas kaji semula keputusan Majlis Syura
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian
Majlis Syura Ulamanya yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk
tidak menyertai BN atau bersama Umno.
Beliau berkata Umno
sememangnya ikhlas dalam perkara itu dan sepatutnya ia perlu
diperhalusi terlebih dahulu melalui pertemuan atau perbincangan tidak
rasmi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan masa depan
orang Melayu dan Islam.
“Umno menghormati keputusan Pas namun parti ini juga bukan sebuah parti
picisan yang perlu merayu untuk menjalin kerjasama dengan parti Islam
itu.
"Umno (masih) merupakan parti terbesar mewakili orang Melayu dan kita
masih berkeupayaan untuk membentuk kerajaan yang dinamik menerusi
gagasan BN,” katanya dalam entri terbaru di laman blognya.
Beliau mengulas pendirian Majlis Syura Ulama yang memutuskan bahawa
Pas tidak akan bergabung dengan Umno, sebaliknya hanya mengadakan
kerjasama mengikut konteks Islam dalam perkara kebaikan dan ketakwaan
kepada ALLAH.
Perkara itu disahkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
yang memberitahu bahawa Majlis Syura Ulama akan kekal dengan keputusan
lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno.
Mengulas lanjut, Syed Ali juga berkata, perkembangan itu membuktikan
Pas tidak pernah ikhlas untuk menzahirkan perpaduan dalam kalangan umat
Islam dan orang Melayu berasaskan kepada semangat politik.
“Mereka (Pas) jelas tidak mempunyai iltizam untuk berusaha membawa
penyatuan umat berasaskan kepentingan masa depan orang Melayu,”
tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan
berkata lagi, keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu tidak mencerminkan
prinsip asas parti itu yang kononnya berjuang atas landasan Islam.
“Umno realistik dan ikhlas untuk melihat orang Melayu dan umat Islam
bersatu menerusi bentuk kerjasama itu, tetepi malangnya Pas bertindak
sebaliknya,” katanya lagi.


1 orang berkata:
Syed ali tak payah dok susah dgn pendirian Pas.pendirian Pas tu tepat sekali krn dah lama dipermainkan umno.
Post a Comment