Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kerjasama itu hanya dalam perkara kebaikan dan ketakwaan kepada ALLAH.

“Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini telah dibuat keputusan untuk kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak dalam masa terdekat.

“Bagi Pas, jika kami dijemput oleh Umno untuk sampaikan mesej, kita akan hadir. Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan perkara yang kita tidak boleh kerjasama (dengan Umno) iaitu perkara melibatkan dosa dan melanggar hukum syarak,” katanya.