Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM FIKIR DIA DAH HEBAT ? PELEK PERANGAI DIA NI


Saturday, 2 January 2016

Husam: Satu kisah sang badut dengan sang PANdir?.....ntahlah


Saya hanya ikut jejak presiden, alasan Husam hadir majlis Amanah

Datuk Husam Musa berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara Kelantan di Petaling Jaya malam tadi. Beliau mempertahankan kehadirannya di majlis itu dengan alasan hanya mencontohi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menasihati musuh parti. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.Datuk Husam Musa berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara Kelantan di Petaling Jaya malam tadi. Beliau mempertahankan kehadirannya di majlis itu dengan alasan hanya mencontohi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menasihati musuh parti. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden."Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah."Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.
_____________________________________________________________________________

al-brangionline:

Husam selaku bekas Naib Presiden PAS tentu maklum majlis yang dihadiri TGHH dan Datuk Najib adalah majlis yang dianjurkan oleh alumni Al-Azhar.

TGHH dijemput hadir adalah atas kapasiti beliau selaku bekas siswa Al-Azhar. Beliau menamatkan Sarjana dalam bidang Siasah Syariah pada tahun 1974 hingga 1976 di Universiti Al-azhar, Mesir. Sebelum itu beliau mendapat tajaan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk membuat pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Islam Madinah. 
 
TGHH diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucaptama atas kapasiti beliau sebagai  Naib Ketua Ulama Sedunia di bawah pimpinan Sheikh Dr Yusof Qardhawi.

Manakala Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dijemput untuk menyempurkan majlis itu. Saya rasa penganjur tentu maklum, malam Husam sendiri tentu lebih maklum, kemunasabahan seorang Presiden parti dijemput untuk merasmikan majlis sebesar itu.

Jikalau Datuk Seri Najib itu seorang alumni Al-azhar, sudah tentu beliau dijemput selaku seorang Perdana Mentiri dan diberi penghormatan menyampaika Ucaptama.

Takkan itu pun seorang mantan Naib Presiden PAS dan orang yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada TGNA sebaga Menteri Besar Kelantan, tetapi sehingga sekarang tidak kesampaian, walaupun dikatakan beliau seorang yang komited kepada parti malah berazam mahu menghabiskan usianya di dalam PAS.

Kehadiran Husam dalam Majlis PAN, malah memberi ucaptama, betul-betul mahu menunjukkan "kegedebelan" beliau walaupun umum melihat itu hanyalah satu aksi gimik kebudak2kan, kalau pun tidak menyamai seorang dua kegeladangan yang separa normal. {Bukan semua geladangan berperangai macam Husam, mereka hanya bergeladangan kerana menjadi mangsa himpitan hidup di Kota Raya.

Beliau kelihatan mencabar pimpinan tertinggi PAS agar memecatnya. Beliau bersangkaan jika beliau dipecat, maka beliau akan memperolehi 'mileage' politik yang tinggi. Saya tidak menjangkakan begitu. Sebenarnya beliau amat takut akan 'baiah' yang dibuat sebelum sesuatu PRU. Beliau belum memiliki kejantan yang hakiki seperti Mad Sabu, Salahuddin Ayub dan yang keciwa yang sekabilah dengan mereka.

Secara peribadi, saya tidak setuju Husam dipecat. Bukan kerana takut PAS akan dicemuh oleh pengundi Salor, tapi biarkan orang yang dahulunya disanjung oleh anak-anak muda kononnya, "kekerasan" di "cold storage".

Biarkan "hotak"nya terus membeku kerana beliau amat sinonim dengan buah fikiran yang bernas kononnya tapi yang sebenar hanya buah pemikiran yang "kerdas" sedap dimakan sebagai ulam tapi amat busuk hasil buangan 'air kecil'nya. 

Teruskan gimik dan aksi badut, lama kelamaan perut mem'buncit' gastrik, sambil berhujah terkentut-kentut.

PRU14 pun sudah tak lama lagi, episod sang badut dengan sang pandir akan terjun dengan labu-labunya, InsyaAllah.
 


8 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau dibandingkan jasa husam di kelantan atau kpd pas sendiri dgn nik amar atau ahmad yakob, umpama langit dgn bumi. Apa sangatlah yg nik amar dan ahmad yakob tu dah buat....

Anonymous said...

Gst senyap, derma 2.6 senyap, tambang naik senyap, tol naik senyap. Tiba2 bila tppa pas buat2 sibuk pulak....

Mengarut betol la...

Anonymous said...

Ahmad yakob dah berenti jadi mb ker?
Kan ker dia janji nak berenti klu hudud gagal dilaksana di kelantan pd thn 2015...

Jgn jadi munafik yer

Anonymous said...

Takut nak simpan komen lama ker?
Takut org tau dia tu munafik?

Anonymous said...

Semua bukti husam dah bagi:

Bukti sondol duit cikgu agama yik 14 juta dah bagi.

Bukti geng tok lebai sapu balak dah bagi.

Bukti ug dah bagi. Hadi pun dah UG najib.

Bila nak ambil tindakan? Nak jadi munafik ker?

Anonymous said...

Apa ahmad yakob dah buat utk laksanakan hudud sampai tak nak letak jawatan mb?

Dah buat penerangan besar2an dan agresif?

Dah buat kajian dgn puhak agama peringkat kebangsaan dan abangsa?

Dah buat penerangan besar2an kpd org kafir yg menentang?

Dah bawa sepakat dgn pemimpin melayu bn secara bersungguh2?

Dah bawa "bil hudud" ke parlimen?

Dah hantar wakil pas kelantan untuk hantar "bil hudud" ke parlimen?

Dah buat 1000% program menghapus kemiskinan rakyat kelantan hingga sifar supaya rakyat tak teraniaya?

Mana bil hudud kelantan, nak tengok boleh ker? Bagilah rakyat tengok dulu seblm lsksana, ado???

Klu satu habuk pun tarak, maka munafik ler namanya turrr

Anonymous said...

Mana lebih penting, elaun mb yg akan naik atau hudud di kelantan 2015?

mmjiaxin said...

cheap uggs
coach outlet store
herve leger dresses
michael kors outlet
michael kors handbags sale
ray ban outlet
oakley,occhiali oakley,oakley italia,oakley occhiali,oakley sunglasses
tods outlet
michael kors uk
michael kors uk outlet
michael kors outlet
mulberry handbags sale
swarovski crystal
prada outlet online
hermes birkin bag
oakley sunglasses canada
swarovski outlet
oakley canada
ysl outlet
ray ban sunglasses
mm0114

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.