Saturday, 2 January 2016
Husam: Satu kisah sang badut dengan sang PANdir?.....ntahlah
Saya hanya ikut jejak presiden, alasan Husam hadir majlis Amanah
Datuk
Husam Musa berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara Kelantan
di Petaling Jaya malam tadi. Beliau mempertahankan kehadirannya di
majlis itu dengan alasan hanya mencontohi Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang untuk menasihati musuh parti. – Gambar The Malaysian Insider,
2 Januari, 2016.Bekas
naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat
beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara
(Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya
mencontohi jejak langkah presiden."Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah."Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.
"Takkan
saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh
ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.
Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak
pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala
Lumpur awal bulan lalu.
Kata Husam,
kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya
beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang
dulunya anggota PAS.
Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.
Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.
"Saya akan
bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu
menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi
pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.
Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.
"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.
Baginya,
rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang
didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah
satu bentuk rasuah.
"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.
Husam dalam
ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi
Malaysia.
Katanya,
tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil
perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi
isu besar seperti rasuah.
"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.
"Ketika
para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia
dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz," kata Husam.
Husam juga
memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan
lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya
tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas. – 2
Januari, 2016. [sumber .]
_____________________________________________________________________________
al-brangionline:
Husam
selaku bekas Naib Presiden PAS tentu maklum majlis yang dihadiri TGHH
dan Datuk Najib adalah majlis yang dianjurkan oleh alumni Al-Azhar.
TGHH
dijemput hadir adalah atas kapasiti beliau selaku bekas siswa Al-Azhar.
Beliau menamatkan Sarjana dalam bidang Siasah Syariah pada tahun 1974
hingga 1976 di Universiti Al-azhar, Mesir. Sebelum itu beliau mendapat
tajaan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk membuat pengajian peringkat
Ijazah Pertama di Universiti Islam Madinah.
TGHH diberi penghormatan
untuk menyampaikan Ucaptama atas kapasiti beliau sebagai Naib Ketua Ulama Sedunia di bawah pimpinan Sheikh Dr Yusof Qardhawi.
Manakala
Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dijemput untuk menyempurkan
majlis itu. Saya rasa penganjur tentu maklum, malam Husam sendiri tentu
lebih maklum, kemunasabahan seorang Presiden parti dijemput untuk
merasmikan majlis sebesar itu.
Jikalau
Datuk Seri Najib itu seorang alumni Al-azhar, sudah tentu beliau
dijemput selaku seorang Perdana Mentiri dan diberi penghormatan
menyampaika Ucaptama.
Takkan
itu pun seorang mantan Naib Presiden PAS dan orang yang disebut-sebut
sebagai pengganti kepada TGNA sebaga Menteri Besar Kelantan, tetapi
sehingga sekarang tidak kesampaian, walaupun dikatakan beliau seorang
yang komited kepada parti malah berazam mahu menghabiskan usianya di
dalam PAS.
Kehadiran Husam dalam Majlis PAN, malah memberi ucaptama, betul-betul
mahu menunjukkan "kegedebelan" beliau walaupun umum melihat itu hanyalah
satu aksi gimik kebudak2kan, kalau pun tidak menyamai seorang dua
kegeladangan yang separa normal. {Bukan semua geladangan berperangai
macam Husam, mereka hanya bergeladangan kerana menjadi mangsa himpitan
hidup di Kota Raya.
Beliau kelihatan mencabar pimpinan tertinggi PAS agar memecatnya. Beliau
bersangkaan jika beliau dipecat, maka beliau akan memperolehi 'mileage'
politik yang tinggi. Saya tidak menjangkakan begitu. Sebenarnya beliau
amat takut akan 'baiah' yang dibuat sebelum sesuatu PRU. Beliau belum
memiliki kejantan yang hakiki seperti Mad Sabu, Salahuddin Ayub dan yang
keciwa yang sekabilah dengan mereka.
Secara peribadi, saya tidak setuju Husam dipecat. Bukan kerana takut PAS
akan dicemuh oleh pengundi Salor, tapi biarkan orang yang dahulunya
disanjung oleh anak-anak muda kononnya, "kekerasan" di "cold storage".
Biarkan "hotak"nya terus membeku kerana beliau amat sinonim dengan buah
fikiran yang bernas kononnya tapi yang sebenar hanya buah pemikiran yang
"kerdas" sedap dimakan sebagai ulam tapi amat busuk hasil buangan 'air
kecil'nya.
Teruskan gimik dan aksi badut, lama kelamaan perut mem'buncit' gastrik, sambil berhujah terkentut-kentut.
PRU14 pun sudah tak lama lagi, episod sang badut dengan sang pandir akan terjun dengan labu-labunya, InsyaAllah.



8 orang berkata:
Kalau dibandingkan jasa husam di kelantan atau kpd pas sendiri dgn nik amar atau ahmad yakob, umpama langit dgn bumi. Apa sangatlah yg nik amar dan ahmad yakob tu dah buat....
Gst senyap, derma 2.6 senyap, tambang naik senyap, tol naik senyap. Tiba2 bila tppa pas buat2 sibuk pulak....
Mengarut betol la...
Ahmad yakob dah berenti jadi mb ker?
Kan ker dia janji nak berenti klu hudud gagal dilaksana di kelantan pd thn 2015...
Jgn jadi munafik yer
Takut nak simpan komen lama ker?
Takut org tau dia tu munafik?
Semua bukti husam dah bagi:
Bukti sondol duit cikgu agama yik 14 juta dah bagi.
Bukti geng tok lebai sapu balak dah bagi.
Bukti ug dah bagi. Hadi pun dah UG najib.
Bila nak ambil tindakan? Nak jadi munafik ker?
Apa ahmad yakob dah buat utk laksanakan hudud sampai tak nak letak jawatan mb?
Dah buat penerangan besar2an dan agresif?
Dah buat kajian dgn puhak agama peringkat kebangsaan dan abangsa?
Dah buat penerangan besar2an kpd org kafir yg menentang?
Dah bawa sepakat dgn pemimpin melayu bn secara bersungguh2?
Dah bawa "bil hudud" ke parlimen?
Dah hantar wakil pas kelantan untuk hantar "bil hudud" ke parlimen?
Dah buat 1000% program menghapus kemiskinan rakyat kelantan hingga sifar supaya rakyat tak teraniaya?
Mana bil hudud kelantan, nak tengok boleh ker? Bagilah rakyat tengok dulu seblm lsksana, ado???
Klu satu habuk pun tarak, maka munafik ler namanya turrr
Mana lebih penting, elaun mb yg akan naik atau hudud di kelantan 2015?
cheap uggs
coach outlet store
herve leger dresses
michael kors outlet
michael kors handbags sale
ray ban outlet
oakley,occhiali oakley,oakley italia,oakley occhiali,oakley sunglasses
tods outlet
michael kors uk
michael kors uk outlet
michael kors outlet
mulberry handbags sale
swarovski crystal
prada outlet online
hermes birkin bag
oakley sunglasses canada
swarovski outlet
oakley canada
ysl outlet
ray ban sunglasses
mm0114
Post a Comment