AMBO TIDAK TERLIBAT ? TAPI TAK MAHU BERTERUS TERANG SECARA IKHLAS, MAKA TANDA IKHLAS ITU BUKAN KERANA PENGAKUAN MANUSIA, JIKA KERANA PENGAKUAN IKHLAS DARI MANUSIA BERERTI SEDIKITPUN TIDAK BOLEH PAKAI, SIAPAPUN MANUSIA ITU, APA YANG AGAMA MAHUKAN IALAH MUKHLISHINALAHUDDIN, (IKHLAS KERANA AGAMA ALLAH)
SEBAB ITU JIKA SESIAPA SUDAH BERASA BERIMAN MEREKA KENA IKHLAS DAN BERTERUS TERANG, ATAU BERSIKAP DISEBALIKNYA, JANGAN TAKUT MANUSIA, TAKUTLAH KEPADA ALLAH - Pak Karamu
Amanah: Ambo tidak terlibat, kata Nik Omar
Nik Omar Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU - Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam
Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal
berita.
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak
menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah
dalam sistem politik tanah air.
Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.
“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena
terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar
Harian.
Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam,
Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar
dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.
Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik
Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka
berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.
Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya
dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan
nama samaran.
Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah
beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu
beberapa bulan lalu.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.


1 orang berkata:
Apa ni pan a.k.a parti ahli nyanyuk bila dah kantoi tak berani mengaku pula.bukan ka fitnah namanya.
Post a Comment