Hilang: Usaha mencari Azimah diteruskan
Madinah
KUALA LUMPUR - Usaha mencari Nor Azimah Ibrahim, 31, rakyat Malaysia
yang dilaporkan hilang ketika mengerjakan ibadah umrah di Madinah, Arab
Saudi diteruskan dengan melakukan pemantauan di hospital kawasan itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh bapanya, Ibrahim Abdul Rahman, 54 yang
masih berada di Madinah bagi membantu pihak berkuasa Arab Saudi mencari
anak perempuannya yang hilang pada 19 Disember lepas.
Beliau berkata, operasi mencari anaknya dilakukan di hospital berikutan pada hari kejadian mangsa tidak sihat.
"Usaha mencari di hospital di lakukan bagi mengesan anak saya, mungkin
dia dihantar oleh mana-mana individu...namun tiada perkembangan setakat
ini," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Nor Azimah bersama bapa dan ibunya Zamhani Zakaria, 52, berangkat ke
tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas dan dijadual
pulang ke Malaysia pada 22 Disember.
Pada hari kejadian mangsa berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak
mengikuti ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilaporkan hilang ketika
berada di Masjid an-Nabawi.
Mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan, berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah ketika dihubungi Bernama, mengesahkan laporan kehilangan mangsa. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment