Umno Johor tiada masalah bekerjasama dengan Pas
Grafik Sinar Online
JOHOR BAHRU - Umno Johor tidak mempunyai sebarang masalah untuk
bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata Umno Johor mengalu-alukan sebarang kerjasama baik yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
"Kalau ada apa-apa usaha untuk berbincang, bermuafakat, berunding dan
sebagainya, kami amat mengalu-alukan kerana ia mendukung aspirasi
nasional, membawa kemajuan negara dan memberi kesejahteraan kepada
rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian
hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman
Scientex, Pasir Gudang, di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar mengulas keterbukaan Presiden
Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Dis lalu untuk bekerjasama
dengan Pas dalam membangunkan negara mengikut syariat Islam.
Najib yang juga Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata beliau
gembira Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disisihkan
daripada Pakatan Harapan yang dianggotai, DAP, PKR dan Amanah.
Mohamed Khaled berkata beliau mengharapkan kerjasama itu juga akan
menjadi titik tolak kepada Umno dan Pas untuk mewujudkan perpaduan yang
lebih besar dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Melayu.
Katanya, perpaduan penting untuk masyarakat kerana perpecahan hanya akan membawa ketidakstabilan dalam negara.
"Jadi, saya mendoakan mudah-mudahan pada tahun 2016 ini, negara kita
Malaysia mencapai semua perkara yang baik-baik dan semua niat yang tidak
baik, memecah-belah dan merosakkan (perpaduan rakyat) tidak menjadi,"
katanya. - Bernama


1 orang berkata:
kobe 9
replica handbags,replica handbags outlet,cheap handbags,purses and handbags,wholesale replica handbags,replica bags,bags outlet,replica handbags wholesale,cheap purses,discount handbags,handbags sale,wholesale purses,handbags and purses,replica purses
longchamp handbags outlet
lululemon uk
supra shoes
uggs outlet
vans shoes
canada goose jackets
air max 90
ugg boots clearance,ugg australia,uggs on sale,ugg slippers,uggs boots,uggs outlet,ugg boots,ugg,uggs
tiffany outlet
ferragamo shoes sale
ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
true religion outlet
lacoste shirts
swarovski crystal
ugg clearance
cheap ray ban sunglasses
ray-ban sunglasses
fitflop sale
mm0114
Post a Comment