Syura Benar Kerjasama Demi Islam
- Butiran
- Diterbitkan: 06 Januari 2016
- Ditulis oleh DATUK DR NIK MOHD ZAWAWI SALLEH
Keputusan Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437 bersamaan 2 Januari 2016.
1. Salah satu daripada dasar Islam
yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong menolong dalam
perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman:
"Dan hendaklah kamu bekerjasama
untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi
sesiapa yang melanggar perintahNya)". (Surah Al Maidah: Ayat 2)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Tolonglah saudaramu yang
zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah
s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula
kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah
mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka. (Riwayat Imam Bukhari)
2. Berdasarkan kepada nas-nas tersebut,
maka Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H
bersamaan 2 Januari 2016M telah bersetuju untuk meneruskan agenda
kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan
demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
3. Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional.
DATUK DR NIK MOHD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


2 orang berkata:
Kalau dibenar,mengapa sekarang.setelah mengharungi berbelas pru dgn menolak kerjasama dan bertahaluf siyasi dgn dap.tiba2 putus dgn dap kerjasama dgn umno.jgnlah mengunakan hujah agama dalam menegakkan kehendak yg longgar matlamatnye.benar kata pujangga ilmu yg byk pada sesorang akan jadi punca hancur iman dan fikiran kerana ego yg tebal.
cheap soccer jerseys
puma outlet
christian louboutin outlet
oakley sunglasses
michael kors outlet
michael kors outlet online
louis vuitton handbags
rolex watches
toms outlet store
links of london jewellery
nike roshe
ugg boots
ugg boots
ralph lauren polo
ralph lauren polo
instyler ionic styler
michael kors outlet
ralph lauren outlet
thomas sabo outlet
ferragamo outlet
mm0114
Post a Comment