ADA EJEN EJEN YANG MAHUKAN PAS TERUS BERADA DALAM BARISAN PEMBANGKANG, TUJUANNYA MUNGKIN BANYAK, DIANTARANYA BOLEH SHARE KERUSI DENGAN PAKATAN HARAPAN, PAS JUGA DIHARAPKAN DAPAT SERAHKAN KERUSI MEREKA PADA AMANAH, DIANTARA PIMPINAN PARTI DIDALAM PAKATAN HARAPAN MUNGKIN MENAFIKAN, ATAU BUAT SEMENTARA WAKTU INI MEREKA MUNGKIN BISU NAMUN HARAPAN TERLALU TINGGI - Pak Karamu
Pas tak akan serah kerusi
KUALA SELANGOR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menegaskan Pas tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi yang ditandingi
calon mereka kepada parti lain.
Menurutnya, Pas tidak akan berkompromi kerana ia melibatkan soal maruah parti.
“Hari ini mereka minta Pas bekerjasama dengan gabungan baru (Pakatan
Harapan) dengan kata lain, mereka mahu kerusi Pas. Ia tidak akan
berlaku. Kita tidak akan serah satu pun kerusi kita.
“Pas bersedia lawan satu dengan satu dengan Umno/BN selagi kerusi kita
tak diganggu. Pas juga sedia gempur kubu lain,” katanya di majlis
penutup Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, hari ini.
Tuan Ibrahim menjelaskan, sebelum ini parti itu sering menyerahkan
kerusi yang ditandingi calon Pas kepada parti rakan atas dasar tahaluf
siyasi.
“Sebelum ini Pas berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya
kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama
politik).
“Kita berlapang dada dengan kerjasama itu sebab itu kerjasama politik
pada PRU lalu dan sama juga bila kita bekerjasama dengan parti Semangat
46 dulu.
“Bahkan di masa kerjasama dengan Parti Negara, Pas serahkan kerusi kepada Parti Negara dan apabila bergabung dengan PKR (melalui Pakatan Rakyat), Pas serahkan jentera (kerana) tahaluf,” kata Tuan Ibrahim.


4 orang berkata:
Amanah boleh bertanding di semua kerusi yg pas tandingi. Tidak ada siapa atau undang2 yg boleh menghalang Amanah untuk bertanding di kerusi Pas. Pas kalu nak jaga maruah parti itu pas punya pasal dan tak ada kaitan sikit pun dgn Amanah. Hak untuk Amanah bertanding di kerusi pas bukan terletak di tangan pas. Korang nak tanding itu korang punya pasal. Amanah tak sibuk pun korang nak tanding kat mana2. Korang nak tanding semua kerusi pun korang punya pasal. Amanah nak tanding kerusi pas korang jgn sibuk2.
Boleh?
Betul lah kau kata tu .Mnejaga maruah parti tetapi yang penting kau nasihatkan dulu peminpin ulamak kau jaga maruah bahasa mulut dulu terutama Presideng kau.biar guna bahasa yang islam ajar.kau pun patut tukar nama daripada pakakarmu kepada abdillah.
Pedulikan PAS tu,,,
Amanah masih terbuai dgn kelicikan DAP dlm usaha penghapusan ethnik politik Melayu dgn cara terhormat.
Percaya atau tidak, calon PAN dlm PRU14 nanti yg terdiri dari golongan profesional dan konon amat bijak berpolitik akan rebah kerana tidak mendapat undi cina. Permainan dan percaturan politik DAP tak terbaca oleh Msabu & the geng.
Post a Comment