Pas 'izin' ahli hadir majlis, asal beri kebaikan
Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR - Semua ahli Pas tidak dihalang menghadiri mana-mana
jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti, kata Timbalan
Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun, katanya mereka perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti.
"Ahli Pas boleh hadir mana sahaja jemputan selagi kehadirannya untuk
menyampaikan risalah Islam, menyuruh yang makruf dan menentang yang
mungkar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau mengulas kehadiran bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
dalam majlis makan malam anjuran parti Amanah, di sini semalam.
Husam, yang juga Adun Salor di Kelantan, ketika berucap pada majlis itu
berkata kehadirannya ke majlis itu adalah selaras dengan ketetapan
parti yang 'mengizinkan' anggotanya untuk hadir ke mana-mana majlis
parti lain.
Tuan Ibrahim berkata kebiasaanya Pas akan menilai setiap jemputan yang
diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti untuk
menimbang kehadiran mana-mana anggota ke majlis berkenaan.
Selain itu, katanya ahli Pas turut bertanggungjawab mempertahankan
parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti itu.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk mempertahan
tohmahan buruk pihak di luar parti dan membetulkan persepsi terhadap
parti," katanya. - Bernama


1 orang berkata:
cheap uggs
coach outlet store
herve leger dresses
michael kors outlet
michael kors handbags sale
ray ban outlet
oakley,occhiali oakley,oakley italia,oakley occhiali,oakley sunglasses
tods outlet
michael kors uk
michael kors uk outlet
michael kors outlet
mulberry handbags sale
swarovski crystal
prada outlet online
hermes birkin bag
oakley sunglasses canada
swarovski outlet
oakley canada
ysl outlet
ray ban sunglasses
mm0114
Post a Comment