Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELANGOR AKAN JADI P. PINANG

Perjanjian Pakatan Harapan hanya untuk selamat DAP
0
Profesor Dr Fuad Mad Jali
Profesor Dr Fuad Mad Jali
 
SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan, prinsip bersetuju sebulat suara yang dimeterai dalam Perjanjian Pakatan Harapan hanyalah untuk menyelamatkan DAP. 
 
Penganalisis politik Profesor Dr Fuad Mad Jali berkata, DAP dilihat lebih memonopoli ke atas perjanjian tersebut.

Menurut Fuad, DAP bimbang sekiranya PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) berpaling dan menjalin kerjasama, sama ada dengan Pas atau Umno pada PRU14 akan datang, maka mereka kehilangan kuasa.

“Bagi memastikan tiada parti komponen keluar dari Pakatan Harapan, maka perjanjian seumpama itu dibentuk agar kekal bergabung sehingga  selepas PRU14,” katanya.

Katanya, dalam isu hudud, DAP jelas menolaknya, namun PKR hanya berdiam diri, tidak menyokong atau menyatakan tentangan secara terbuka.

Maka, melalui perjanjian itu, kesemua parti perlu bersetuju dengan apa sahaja ketetapan dibuat termasuk isu hudud.

Fuad berkata, DAP dilihat lebih memonopoli perjanjian tersebut bagi memastikan mereka dominan.

“Jadi tidak hairankan perjanjian itu dibuat bagi memastikan kuasa DAP lebih mantap. Mereka takut kehilangan kuasa dan kerusi semasa PRU14,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perjanjian dibuat agar tiada mana-mana parti gabungan membuat kenyataan bercanggah selepas dipersetujui Pakatan Harapan.

“Tidak banyak bezanya dengan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju yang diamalkan ketika dalam PR. Melalui prinsip ini, setiap parti masih boleh menyatakan tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.

“Namun, perjanjian Pakatan Harapan, mereka lebih bertegas, bagi memastikan tiada parti komponen membuat kenyataan bercanggah daripada yang telah dipersetuju sebulat suara oleh DAP, Amanah dan PKR,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Perjanjian mesti disepakati.
Jangan pisang berbuah dua kali.
Jangan kena tikam belakang macam pas dah buat pada PR
Pas penyebab PR terkubur.
In Sha Allah lepas ini tanpa Pas, PH akan lebih baik

Anonymous said...

Semua perjanjian mesti dipersetujui bersama. Perjanjian mesti menguntungkan semua pihak. Parti yang sombong, bongkak, besar kepala macam Pas tidak boleh diajak untul membuat pejanjian. Parti yang tamak seperti pas dan tidak boleh bertolak ansur umpama parti anjing dengan bayang-bayang, anjing yang tamak selalu rugi. Mujurlah Pas tidak berada dalam PAKATAN HARAPAN. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Anonymous said...

selangor akan jd pahang darul merah jk pas perintah!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.