Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAH BAGI BOLA TANGGUNG, AMANAH APA TUNGGU !


APABILA TUAN IBRAHIM BERI LALUAN MAKA PAS TERPAKSA MEMPERUNTUKAN MASA YANG SIA-SIA UNTUK MELAYAN BEBERAPA KERENAH HASIL KETERBUKAAN TIM PRESIDEN PAS TERHADAP AMANAH, PIMPINAN PAS  SUDAHPUN DISEBUT SEBAGAI CONTOH, SIAP SEBUT PERTEMUAN EMPAT MATA SEKALI, TUAN IBRAHIM TENTU FAHAM MAKSUD EMPAT MATA, TENTUNYA BUKAN TEMPAT TERBUKA, SHHHHHHHH ! TEMPAT RAHSIA ! SILAKAN ! ( TIADA KERJA CARI KERJA, PERGI KE PULAU BATU DIGALAS ) SYABAAAAS KECERDIKAN TUAN IBRAHIM BAGI BOLA TANGGUNG  ! - Pak Karamu
 
 
Pemuda Amanah hargai keterbukaan Pas
0
Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara
 
SHAH ALAM – Sikap keterbukaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak menghalang mana-mana pimpinan dan ahli parti Islam itu untuk menghadiri mana-mana jemputan dilihat sebagai satu langkah politik matang dan perlu dicontohi semua pihak. 
 
Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap sama perlu diikuti pemimpin kanan  Pas yang lain agar lebih terbuka sama ada kepada kawan mahupun lawan politik parti itu.

“Pemuda Amanah menghargai keterbukaan Datuk Tuan Ibrahim berhubung kehadiran Datuk Husam Musa dalam Majlis Makan Malam Amanah Kelantan, kelmarin.

“Kami berharap agar tokoh-tokoh lain lebih terbuka dalam Pas seperti Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad terus diberi ruang untuk memimpin parti tersebut,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim semalam bahawa Pas tidak dihalang semua ahlinya menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti.

Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, ahli-ahli Pas perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti.

Dalam pada itu, Shazni Munir juga berkata, Pemuda Amanah tidak menolak untuk mengadakan pertemuan empat mata susulan keterbukaan yang ditunjukkan Timbalan Presiden Pas itu.

“Dalam kerangka politik baru bertunjangkan idea dan khidmat, Pemuda Amanah tidak menolak untuk bertemu dan berbincang dengan Datuk Tuan Ibrahim jika ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Terdahulu, Husam yang juga Adun Salor di Kelantan berucap pada majlis itu berkata kehadirannya ke majlis itu adalah selaras dengan ketetapan parti yang mengizinkan anhlinya untuk hadir ke mana-mana majlis parti lain.

Tindakan Husam itu mendapat perhatian pemimpin kanan Pas itu sambil berkata Pas akan menilai setiap jemputan yang diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti ia boleh dihadiri oleh mana-mana ahli parti Islam itu.

Selain itu, kata Tuan Ibrahim lagi, ahli Pas turut bertanggungjawab mempertahankan parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti itu.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Betul lah cara TMTI untuk menunjukan bahawa Pas memang kena jadu begitu.TERBUKA ,ini tidak dengan bekas rakan seperjunagan yang dihalau melalau CAI dihuna.dituduh pengkhianat.kafir macam2 tetapai bolih pulak dengan penyamun duduk sekelambu dan pakanya sama warna.Sepatutnya dalam apa juga isu Pas dudk di atas,mendamai semua pihak .terlebih dahulu dekatkan sah kepinpinana dengan golongn G18 yang dihina,pujuk,nasihat agar jangan keluar Pas ,cari jalan mereka ada jwatan kerja dala Parti.bila dah bersma sudahtentu tidak tertubuhnya Amanah ,bia dah kuat apa juga musuh didepan kita hadapi bersama bukan sahaj hendak pakai sedondon nak guna seluar dalam brand yang sama pun tak jadi hal.kau faham ke karmu?

mmjiaxin said...

kobe 9
replica handbags,replica handbags outlet,cheap handbags,purses and handbags,wholesale replica handbags,replica bags,bags outlet,replica handbags wholesale,cheap purses,discount handbags,handbags sale,wholesale purses,handbags and purses,replica purses
longchamp handbags outlet
lululemon uk
supra shoes
uggs outlet
vans shoes
canada goose jackets
air max 90
ugg boots clearance,ugg australia,uggs on sale,ugg slippers,uggs boots,uggs outlet,ugg boots,ugg,uggs
tiffany outlet
ferragamo shoes sale
ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
true religion outlet
lacoste shirts
swarovski crystal
ugg clearance
cheap ray ban sunglasses
ray-ban sunglasses
fitflop sale
mm0114

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.