PRU, PRK: Hanya satu calon wakili Pakatan Harapan
SHAH ALAM - Pakatan Harapan hanya akan meletakkan satu calon bagi
mewakili gabungan itu dalam sebarang pilihan raya umum atau kecil.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, calon
tersebut akan dipilih parti masing-masing dan mendapat persetujuan
Majlis Presiden terlebih dahulu.
"Prinsip bagaimana untuk putuskan calon dari parti mana, kita ambil
faktor keberangkalian untuk menang. Semua jawatankuasa pilihan raya dari
ketiga-tiga parti akan runding.
"Tetapi keputusan akhir dan masalah pengagihan kerusi akan dibawa ke
Majlis Presiden. Kita juga setuju tiada parti yang akan buat keputusan
sendiri dalam hal berkaitan pilihan raya," katanya ketika pembentangan
Perjanjian Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah),
Suhaizan Kaiat berkata, Fasal 7 dalam Perjanjian Pakatan Harapan memberi
peruntukan untuk menyingkirkan mana-mana parti yang melanggar
perjanjian tersebut.
"Kita belajar dari kesilapan lalu semasa dalam PR. Dulu tiada parti
yang boleh keluarkan parti lain dari PR... ini satu pengajaran kepada
kita.
"Sekarang, jika ada parti langgar perjanjian dan buat kesalahan, dua
parti lain yang majoriti boleh putuskan untuk singkir parti yang
minoriti.
"Ini dapat elakkan ada parti buat dua kerja, dia perkasakan Pakatan
Harapan dan dalam masa sama runtuhkan Pakatan Harapan," katanya.


1 orang berkata:
polo shirts
longchamp handbags
kobe shoes
oakley sunglasses
discount oakley sunglasses
phone cases
the north face outlet
mulberry bags
ray-ban sunglasses
nike roshe
ralph lauren outlet
coach handbags outlet
oakley sunglasses wholesale
cheap ugg boots
michael kors outlet
coach outlet store
louis vuitton bags
louis vuitton outlet online
nike outlet store
michael kors outlet online
mm0114
Post a Comment