Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CUKUP 10 TAHUN

Sepuluh tahun memadai khidmat sebagai ahli politik
Parlimen
Suasana di dalam dewan semasa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bertitah pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM – Tempoh lapan tahun hingga 10 tahun adalah satu tempoh ideal bagi seorang ahli politik untuk meneruskan khidmatnya terhadap komuniti dan masyarakat.  
 
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, tempoh itu sudah memadai bagi seorang ahli politik melakukan perancangan rapi bagi memenuhi apa sahaja wawasan dan agenda mereka. 

Menurut Sivamurugan lagi, tempoh itu juga memberi peluang bagi generasi baharu untuk membentuk dan menyesuaikan diri dalam arena politik bagi menggantikan ahli politik sedia ada. 

“Saya rasa dua penggal bagi mereka (ahli politik) sudah memadai. Dulu tak mengapa.. Kini generasi baru mahukan pemimpin pelapis yang boleh dilihat mampu gantikan (pemimpin sedia ada) pada waktu sesuai,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 

Menurut pendapatannya lagi, ahli politik yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun pula berhadapan kemungkinan untuk menggagalkan perancangan mereka.

Jelasnya, ia disebabkan oleh faktor dan keadaan perjalanan politik yang tidak menentu dalam negara. 

“Kalau lebih (daripada 10 tahun), akan mula melahirkan keresahan jika tiada perubahan dan bersifat statik, ada yg terlalu selesa dan dilabel dahagakan kuasa,” katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.