Cuaca panas diramal kembali normal pada Jun
Cuaca panas
KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang dialami sekarang diramal kembali normal
pada bulan Jun, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che
Gayah Ismail.
Beliau berkata, ini berkutan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca menjadi panas dijangka kembali normal mulai bulan itu.
El Nino yang dikesan pada bulan Disember tahun lalu hingga Januari
lepas, didapati mula menurun dan dijangka terus menjadi lemah, katanya
kepada Bernama.
Che Gayah berkata peralihan monsun pada bulan April ini juga dijangka
akan mengurangkan kesan cuaca panas kerana hujan dan ribut petir diramal
kerap berlaku terutama pada waktu petang.
"Namun walaupun El Nino berada dalam keadaan neutral mulai bulan Jun,
tetapi negara akan mengalami musim kering semasa monsun barat daya dari
bulan Mei hingga September," katanya.
El Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan
tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua
hingga tujuh tahun.
Fenomena El Nino kuat yang pernah melanda negara ialah pada tahun
1997/1998 dengan suhu tertinggi dicatatkan pada 40.1 darjah Celsius di
Chuping, Perlis. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment