Cuaca panas: Gelombang haba akibatkan dehidrasi
Cuaca panas
KLANG - Bagi mengelak mengalami komplikasi kesihatan akibat dehidrasi
berpunca daripada gelombang haba yang wujud sekarang, Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati orang ramai supaya mengurangkan
aktiviti lasak di luar rumah dan meminum banyak air.
Beliau berkata langkah itu perlu diambil walaupun setakat ini, belum
ada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana penyakit berkaitan
haba.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis
pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman
Sentosa di sini, hari ini.
Berikutan pola cuaca El Nino bulan ini, Malaysia dijangka mengalami
cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah hujan yang kurang.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan sedang
berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi membuat keputusan tentang
isu pengusaha kantin menyediakan makanan di rumah.
Ini berikutan kejadian tujuh pelajar termakan mi goreng mengandungi serpihan kaca di Hulu Selangor baru-baru ini.
Pelajar dari SJKT Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor itu dimasukkan ke
Hospital Sungai Buloh selepas makan makanan itu di kantin sekolah
berkenaan, yang dilaporkan dimasak pengusaha kantin di rumahnya.
Dr Subramaniam berkata kementerian sedang menimbang dua pilihan, sama
ada mengenakan syarat lebih ketat mengenai kaedah penyediaan makanan di
rumah sebelum membawanya ke sekolah, atau hanya membenarkan pengusaha
kantin menyediakan makanan di kantin dengan dipantau rapi pihak sekolah.
- Bernama


1 orang berkata:
phá thai an toàn bằng thuốc ở TPHCM
chi phí phá thai bằng thuốc
khám thai ở đâu TPHCM
phòng khám bình dương
Post a Comment