Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAC TAMAT RUNDINGAN

PRN Sarawak: Rundingan PH tamat Mac ini
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM - Proses rundingan kerusi melibatkan parti komponen dalam Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka selesai menjelang akhir bulan ini, lapor Awani.com.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, proses tersebut berjalan lancar antara rakan dalam pakatan dan setakat ini, pihaknya sudah berjaya mengurangkan bilangan pertindihan kerusi antara parti komponen.

"Saya yakin kami akan dapat mencapai persetujuan menjelang akhir bulan ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertindihan kerusi.

Terdapat 82 kerusi Dun yang akan dipertandingkan dalam PRN Sarawak yang perlu diadakan pada tahun ini.

Sehingga kini, masih tiada notis pembubaran DUN Sarawak yang diperlukan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.