Pakatan baru Pas beri saingan pada BN
Shahrir
JOHOR BAHRU - Majlis Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC)
menyambut baik hasrat Pas untuk membentuk pakatan baru dan menyifatkan
ia sebagai persaingan sihat yang mewujudkan politik inklusif di negara
ini.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu secara
tidak langsung membuktikan Pas mengiktiraf pendekatan BN yang terdiri
daripada gabungan beberapa parti komponan.
"Saya lihat ia satu tindakan yang sihat dan lebih bersifat inklusif dan
bukannya opoturnistik. Ini baik kepada negara kerana membawa perpaduan
dan bersikap lebih terbuka.
"Tetapi kita tak mahu konsep politik opoturnistik di mana kadang-kadang
kita bergabung untuk tujuan tertentu. Kalau masa tertentu kita panggil
untuk bergabung lepas itu kita berpecah," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mengakui
gabungan Pas itu dijangka memberi saingan hebat namun menegaskan BN
sentiasa bersedia dan yakin mampu mempertahankan kedudukan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha
Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan parti itu akan
membentuk pakatan baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang.


0 orang berkata:
Post a Comment