Blok politik ketiga Pas hanya pecah undi
Gambar hiasan
SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat tindakan Pas membentuk blok
politik ketiga di negara ini hanya akan memecahkan undi dan sokongan
rakyat ketika pilihan raya umum kelak.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir juga berpendapat, ikatan baharu itu
tidak akan dapat membantu Pas mengukuhkan imej dan pengaruhnya.
“Malah tindakan Pas untuk mewujudkan blok politik ketiga ini melemahkan lagi Pas dan seluruh pakatan pembangkang.
“Sepatutnya sebagai pembangkang, Pas itu menjalinkan kerjasama dengan
parti-parti pembangkang yang lain, bukan mengambil inisiatif menubuhkan
blok pembangkang ketiga kerana tindakan terbaharu ini jelas akan
memecahkan lagi undi,” katanya kepada Sinar Online.
Khamis lalu, Pas mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu
pembangkang pada 16 Mac ini menjadikan kumpulan tersebut blok pakatan
pembangkang yang ketiga di negara ini namun sehingga hari ini Pas masih
belum menamakan parti berkenaan.
Dalam pada itu, Jeniri berkata tindakan Pas itu akan menyulitkan Pas
lagi usaha untuk mewujudkan sistem dua parti yang menjadi hasrat
pembangkang selama ini.
“Tindakan ini akan memberi imej yang tidak bagus kepada Pas dan harus
diingat ini bukan pertama kali Pas menjalinkan kerjasama dengan
parti-parti lain sebelum ini. Ternyata semua usaha Pas itu gagal.
“Jadi, persoalan rakyat sekarang adalah, siapa sebenarnya yang
bermasalah? Masalahnya adalah Pas tidak dapat mengendalikan diri, tidak
tahu hala tuju dan kemudian akan memerangkap diri sendiri. Sepatutnya
Pas mengukuhkan asas dan pengaruh,” katanya.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan
Pandian yang turut senada namun mengakui masih terlalu awal untuk
mana-mana pihak menjangkakan sejauh mana keberkesanan pakatan baharu
itu.
“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia kita akan melihat tiga gabungan. Ada BN, Pakatan Harapan dan satu lagi yang baharu.
“Masih terlalu awal untuk melihat sejauh mana keberkesanannya cuma,
dari sudut demokrasi, ia sesuai...seolah-olah kita tidak menyekat
pembentukannya tapi dari segi kelemahan, ia akan memecahkan undi.
Memecahkan lagi sokongan,” katanya.
Menurutnya, kemungkinan Pas membentuk ikatan baharu itu dengan
parti-parti lain yang bersesuaian dengan aliran perjuangannya selama ini
dan semua pihak juga perlu mengakui bahawa sesebuah parti politik itu
memerlukan sokongan parti lain untuk meraih sokongan rakyat.
“Kalau DAP kata Pas lemah, kenapa DAP menubuhkan ikatan dengan parti
lain? Sama saja. masing-masing memerlukan gabungan dengan beberapa parti
untuk meraih sokongan. Kalau bertanding secara bersendirian mungkin
tidak akan mendatangkan manfaat ataupun keuntungan.
“Sebab itu Pas pun memilih parti pelbagai etnik untuk meraih sokongan
mungkin juga pengundi bukan Melayu. Bukannya pilih parti yang sama
ideologi,” katanya.
Namun katanya, masih terlalu awal sekiranya Pas menguji kemampuan
pakatan baharu itu dalam Pilihan raya Negeri Sarawak akan datang.


4 orang berkata:
Cari org yg berjuang utk rakyat bkn krn gila kuasa mcm dap n pan.pan patut tukar nama jd pad baru sesuai sbb putar balik dr dap sj.gila kuasa n keras kepala samadengan dap.kepala batu akhirnya akan musnah dihempap batu najib.dua dua sama keras kepala dua dua pun akan hancur berderai
ENDOSCOPIC BREAST AUGMENTATION WITH SAFETY
otak ahli jenis bongok (anomouse 6.34) .tak dapat bezakan yangmana gila kuasa yang mana hendak berkuasa yangmana nak bertanding tapi takanak berkuasa .yang kena hempak dengan batu Najib ialah peminpin ulamak kau.bodohnya .lain kali kalau hendak tulis fikir dulu samada nanati orang kata kau cerdik atau kau tertelan pil kuda, khayal aje.
Yg bongok tu kau..pkr dgn pan senyap bila dapig bersuara tp bila PAS bersuara mulalah anjing dapiq bersuara sama mcm anon 12:23
Post a Comment