Penganjuran himpunan hanya bantu DAP dan PKR
SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Harapan yang bercadang untuk menganjurkan
perhimpunan ‘Muafakat Selamatkan Malaysia’ di setiap negeri bermula
bulan ini tidak akan membawa sebarang kebaikan pada negara namun hanya
membantu DAP dan PKR mempercepatkan jalan mereka untuk ke Putrajaya.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
penganjuran himpunan itu kelihatan sama seperti perhimpunan lain yang
dianjurkan oleh pembangkang sebelum ini malah ia juga turut mengingatkan
kembali peristiwa demonstrasi reformasi yang diusahakan oleh kumpulan
pro bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Namun apa yang berbeza kali ini hanyalah watak tokoh dan jalan ceritanya sahaja.
"Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia ini akan menjadikan agenda DAP
untuk ke hadapan dan juga menunjukkan beberapa kesilapan besar masa lalu
termasuk pemecatan dan perbicaraan Anwar seolah-olah satu permainan
politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurut Md Shukri, usaha bagi menyelamatkan Malaysia tidak boleh
dilakukan secara jalanan memandangkan ia akan memberikan kesan kepada
rakyat pada masa hadapan.
Katanya, idea bagi melaksanakan himpunan jalanan ini dipercayai
tercetus berikutan daripada ada di antara tokoh yang terikut-ikut
dengan agenda Arab Springs dan mahukan ia turut direalisasikan di negara
ini.
“Secara teknikalnya, himpunan jalanan yang diadakan ini tidak menjejaskan mandat yang diperoleh BN serta status Najib sebagai perdana menteri juga tidak terjejas selagi mana anggota majoriti lebih dari 111 ahli Dewan Rakyat menyokong beliau.
“Secara teknikalnya, himpunan jalanan yang diadakan ini tidak menjejaskan mandat yang diperoleh BN serta status Najib sebagai perdana menteri juga tidak terjejas selagi mana anggota majoriti lebih dari 111 ahli Dewan Rakyat menyokong beliau.
“Ia merupakan mandat malah melalui Parlimen juga ia boleh dirombak dan bukannya melalui jalanan,” katanya.
Dalam pada itu, Md Shukri turut memaklumkan bahawa penganjuran himpunan
tersebut juga dilihat tidak akan mempercepatkan proses PRU selepas ini
memandangkan hak untuk membubarkan parlimen merupakan hak khusus Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, Md Shukri turut meyakini perjalanan Pilihan raya Negeri
(PRN) Sarawak akan berlangsung lancar dan memihak kepada Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memandangkan suasana politik di negeri itu
tidak sama dengan semenanjung.
“Di negara ini, kuasa Parlimen adalah kuasa unggul dalam pemerintahan
dan bukannya seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand serta
negara-negara lain.
“Jalanan bukan institusi yang boleh menentukan siapa peneraju kerajaan
dan negara. Saya jangkakan bahawa demonstrasi seperti ini juga bakal
menjadi pentas bagi menaikkan nama Anwar dan menuntut pembebasannya,”
katanya.
Sebelum ini, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan perhimpunan ‘Muafakat Selamat Malaysia’ di setiap negeri bermula bulan ini bagi menggembleng sokongan umum bagi menuntut peletakan jawatan perdana menteri.
Sebelum ini, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan perhimpunan ‘Muafakat Selamat Malaysia’ di setiap negeri bermula bulan ini bagi menggembleng sokongan umum bagi menuntut peletakan jawatan perdana menteri.


1 orang berkata:
jets jersey
michael kors outlet
michael kors uk
michael kors handbags clearance
skechers shoes
michael kors handbags wholesale
ralph lauren pas cher
jaguars jersey
nike roshe run
converse trainers
Post a Comment