DUA BOTOL BAHAN UJI KAJI LAMPU STARLAB DIMUSNAHKAN DENGAN MENGGUNAKAN ROBOT UPB, BERERTI LAMPU ITU HEBAAAAT ! Pak Karamu
Dua objek ditemui di KLCC bukan bom
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan
dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),
bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.
Beliau berkata dua objek berkenaan adalah bahan uji kaji dilakukan oleh pelajar yang melawat tempat itu petang tadi.
"Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan
tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah.
"Uji kaji lampu dalam botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains
kepada murid sekolah dan telah diberi kepada murid-murid sebagai
cenderahati," kata Khalid dalam Twitternya.
Khalid berkata murid daripada sebuah sekolah di Bukit Beruntung, telah
meninggalkan dua botol itu di KLCC, dan disyaki bom oleh individu yang
menemuinya.
[ARTIKEL BERKAITAN: KLCC gempar terima ancaman bom]
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol
Samah berkata, objek berkenaan ditemui pada 5.15 petang tadi oleh
seorang tukang cuci.
Menurutnya tukang cuci terbabit memaklumkan kepada pihak keselamatan Aquaria KLCC pada 5.30 petang.
"Kami yang menerima laporan tentang objek berkenaan bergegas ke lokasi
kejadian bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) serta Unit Anjing Pengesan
(K9)," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, UPB telah memusnahkan objek itu kira-kira 8 malam dengan menggunakan robot UPB.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi KLCC, Kuzaimah Idris mengesahkan
bahawa dua objek yang tidak dapat dipastikan telah ditinggalkan di ruang
legar pusat konvensyen berkenaan.
"Pihak berkuasa telah mengambil segala langkah yang sepatutnya dan keadaan kembali normal kira-kira 8 malam tadi.
"Keselamatan delegasi, pengunjung dan tetamu tetap menjadi keutamaan
kami, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan polis dan pihak
berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment