Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANGGAP ADIK SENDIRI

Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'
Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'
Anggota tentera mengusung jenazah pertama dijumpai sejurus tiba dengan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di padang Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) kira-kira jam 3.25 petang tadi. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sudah menganggap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon mangsa nahas helikopter di Sarawak seperti adiknya sendiri.

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rohani memberitahu beliau hadir ke IPK Sarawak untuk menyambut jenazah yang dipercayai Noriah.

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.

“Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter,” tulisnya.

Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita tersangkut di tebing Sungai Batang Lupur sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak.

Noriah merupakan salah seorang penumpang yang menaiki pesawat jenis Eurocopter AS350 dari Betong ke Kuching yang hilang petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pagi tadi, serpihan-serpihan helikopter ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.