Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIBA DAPAT BERITA SEDIH


Isteri MP Kuala Kangsar hiba dapat berita suami
Isteri MP Kuala Kangsar hiba dapat berita suami

SHAH ALAM - Isteri Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad berangkat ke Kuching, Sarawak tengah hari tadi sebaik sahaja mengetahui berita serpihan helikopter yang dinaiki suaminya ditemui.

Sebelum meninggalkan kediamannya, Datin Mastura Mohd Yazid, 55, sempat bertanya kepada media yang hadir tentang perkembangan insiden itu.

“Adakah kamu mendengar apa-apa berita," tanyanya seperti yang dilapor sebuah portal berita tempatan.

Mastura pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama anak lelakinya, Wan Iskandar Wan Mohammad Khairil,21, kira-kira pukul 11.45 tengahari.

Sementara itu pegawai khas Wan Mohammad Khairil, Abd Wahab Osman ketika ditemui berkata seorang lagi anak lelakinya, Wan Imar, 24, dijangka tiba dari London malam ini.

Dua lagi anak lelakinya, Wan Emir, 26 dan Wan Amar,19 sedang menduduki peperiksaan di London.
Katanya, pihak keluarga kini sedang menunggu perkembangan terkini dari bilik gerakan di Kuching bagi menentukan tindakan selanjutnya yang akan dilakukan.

Sementara itu, melalui Facebook anak lelaki Wan Mohammad Khairil, Wan Emir menulis agar didoakan keselamatan bapanya itu.

“Ya ALLAH, peliharalah keselamatan bapa kami, bawalah dia pulang,” tulisnya pada sekeping gambar keluarga yang dimuat naik ke akaunnya.

Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita yang tersangkut di tebing Sungai Batang Lupar berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.