Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIAN JUGA, MASUK AMANAH JE LAA !

Husam masih anggap dirinya ahli Pas
Husam
Husam

KOTA BHARU- Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa masih menganggap dirinya sebagai ahli Pas meskipun dia telah dipecat keahliannya dari parti itu yang diumumkan petang semalam.

Husam berkata, setakat malam tadi beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi mahupun melalui aplikasi media sosial What's App mengenai ‎hal itu.

"Saya hanya mengetahui mengenai pemecatan saya ini melalui laporan media masa dan tiada sebarang pemeritahuan rasmi mengenai perkara ini.

"Meskipun saya merasa sedih selepas menerima maklumat itu, namun saya merasa tindakan itu merupakan provokasi politik,"katanya.

Beliau ditemui di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini selepas tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Husam turut disambut lebih 100 penyokongnya dengan 11 laungan takbir.


Turut serta menyambut kepulangan beliau, isterinya Ruhana Abdul Rahman, 52, bersama anggota keluarganya yang lain.

Walaupun kelihatan sebak, namun beliau ‎masih mampu berada dalam keadaan tenang ketika diserbu wartawan.

Dalam perkembangan pemecatan beliau itu, Husam turut mempersoalkan tindakan yang dilakukan, memandangkan beliau tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukan sehingga dipecat

"Saya hanya menerima hukuman dari jawatankuasa tatatertib tanpa tahu apa kesalahan yang saya lakukan.‎

"Malah melalui kenyataan media tiada sebarang kesalahan yang dinyatakan dan hanya beritahu mungkin saya ada akukan kesalahan. Mungkin saya tidak salah"katanya.‎

Bagaimanapun beliau menganggap‎ keputusan itu tidak adil dan perlu dipertimbangkan semula.

Pengumuman pemecatan beliau diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok petang semalam.

1 orang berkata:

Unknown said...

Kalau husam seorg yg bijak, dia cuma perlu bukak youtube, tgk ceramah2 dia yg lepas balik.. kalau dia nampak antaranya dia berceramah berlatar belakangkan bendera2 PAN, itu sudah satu kesalahan yg tak boleh diterima kerana PAS sudah pun berpesan beberapa kali jangan hadiri majlis PAN tapi beliau beberapa kali juga melanggar.. sudah lah tu husam tak payah buang masa PAS dan anda.. pergilah masuk PAN sbb anda pernah berceramah di pentas mereka.. ingat tuh.. tak perlu buang masa org lain dan masa anda juga..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.