PKR: Sarawak masih mundur di bawah BN
SHAH ALAM - Pembangunan negeri Sarawak kelihatan masih mundur walaupun telah berada di bawah pemerintahan BN selama 53 tahun.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penduduk
negeri Sarawak tidak mendapat layanan yang adil kerana masih ketinggalan
dari segi pembangunan sosial.
“Kebanyakan penduduk di Sarawak masih tidak mempunyai bekalan air yang bersih mahupun bekalan elektrik untuk 24 jam.
“Malah kemudahan seperti sekolah dan klinik masih terhad di kawasan
pedalaman Sarawak dan kebanyakan kawasan tidak mempunyai jalanraya yang
sempurna untuk laluan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, pengurusan kerajaan yang tidak membawa kesan
positif kepada pembangunan negeri menyebabkan banyak penduduk berpindah
keluar dari negeri tersebut untuk mencari pekerjaan.
“Sarawak kaya dengan sumber asli yang mampu memberi peluang pekerjaan
kepada rakyat sekiranya sumber tersebut diterokai dengan betul.
"Tetapi pentadbiran yang lemah telah mengambil kesempatan ke atas
sumber tersebut tanpa meningkatkan peluang pekerjaan mahupun membawa
kesan positif kepada ekonomi Sarawak.
“Peluang pekerjaan yang terhad membuatkan banyak penduduk Sarawak
berpindah ke Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Singapura untuk
meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kecewa dengan kadar gaji minimum
di Sarawak yang lebih rendah daripada kadar di Semenanjung.
Menurutnya, jurang perbezaan kadar gaji minimum di antara Semenanjung
dengan Sarawak, Sabah dan Labuan hanya menggalakkan tanggapan bahawa
ketiga-tiga negeri tersebut tidak layak untuk menerima kadar gaji yang
sama dengan Semenanjung.
“Pekerja di Sarawak mendapat bayaran gaji yang lebih kurang daripada
pekerja di Semenanjung walaupun mereka mungkin melakukan pekerjaan yang
sama.
“Tindakan ini tidak adil kerana ia hanya melumpuhkan pembangunan masyarakat Sarawak,”
Beliau juga menegaskan bahawa penduduk Sarawak terpaksa menganggung
keperitan kenaikan harga barang dan juga kos pembiayaan sara hidup yang
tinggi.
“Masyarakat Sarawak kini menderita kerana peningkatan harga barang akibat salah tadbir kerajaan Umno.
“Malangnya, keperitan hidup masyarakat Sarawak tidak diberi perhatian
oleh kerajaan dan ini merupakan masa yang sesuai untuk mereka bersuara
bagi mendapatkan hak mereka yang sepatutnya,” katanya.
2 orang berkata:
Tak kan menang nyer pembangkang kalau masih sesama sendiri bercakaran.. bosan pulak aku nengoknyer....puikkkkk
Mohon ijin untuk membagikan informasi ini.
Karena baru saja saya keluarga saya alami dan membantu sisi kehidupan ekonomi keluarga saya.
Luangkan waktu sedikit untuk membacanya.
Saya ingin berbagi cerita dengan rekan-rekan/teman-teman semua.kalau anda ingin cari modal
untuk buka usaha atau lagi kelilit utang silahakn bergabung jadi member sama om agus sms/tlp 082380387219 pin bbm 2a870e79 beliau akan memasangkan angka buat anda, supaya menang, angka yang ia pasangkan benar-benar tembus, krna bapak saya kemarin sudah buktikan, Singapure Sab | 28 / 10 / 2017 054)
keluargaku memilih jalan ini karna sudah tidak tau harus bagai mana dan hasil kemenangan di gunakan untuk buka usaha dan bayar hutang.hasil yang di dapatkan sangat besar yaitu 90 jt,,, bukti member om agus silahkan klik https://www.facebook.com/media/set/?set=a.131619064154646.1073741827.131525114164041&type=1&l=d4e601dc65
Post a Comment